Pages

Lelaki sekarang tak gentleman


‘’perghh..semat ahh mamat ni !’’ , bisik hati kecilku. Ecece..

Masa  tu aku duduk kat depan kedai fotostat, tunggu kawan aku turun dari tingkat 3. Dia cakap ada urusan kejap. Kebetulan kat depan kedai tu ada bangku. Sambil-sambil tunggu tu, aku pun menggunakan lah nikmat pancaindera yang ada ni untuk melihat keindahan alam semula jadi. Masa tengah melihat ke hadapan, aku nampak seorang mamat ni. Badan dah la tough, rambut ala ala maher zain, siap pakai shades lagi dan lengkap berpakaian serba hitam.  Memang tergugat la hati nurani aku. Haha.. Aku pun teruskan kerja mengusha.  Nampaknya dia jalan kearah aku. Cara jalan je dah buat aku tertarik. Macam model iklan gitu. Bukan main teruja dan  berdebar-debar hatiku. ( Bajet macam dia nak datang ngorat aku je) . Tiba- tiba....

Oppss... dia buat-buat betulkan shades dia tuh. Dalam hati aku cakap apa, ‘’ ala saja la tu, nak cover  malu. Bukan aku  tak nampak kau nak terpeleo’t kat depan aku tadi.. hahahaha”. Tapi disebabkan  sifat kewanitaan aku melebihi sifat kelakian aku ni, aku pun dengan keayuan ala ala gadis melayu menundukkan pandangan.  Bukan apa, aku teringat ustazah aku pesan menundukkan pandangan tu lebih suci bagi kamu.
Okey. Habis sudah cerita di atas. Tapi cerita tu tiada kaitan dengan apa yang aku nak cakap  dalam entry kali ni.

 Kenapa lelaki sekarang  tak gentleman :




1 ‘ cwootttttt....cwootttttt....cwotttttttttt’’ ..


Kauorang selalu tak dengar bunyi ni bila para gadis lalu depan budak-budak lelaki?  Bunyi apa   kau tanya? Bunyi cencurut la. Okey, sila abaikan ejaannya dan anggap la ia sebagai bunyi Cik Cen ye. Aku memang tak suka dengar bunyi ni. Lepas diaorang beraksi seperti cencurut di tepi jalan, siap boleh cakap lagi macam ini bila tak dihiraukan.  “  sombongnya awak ni! ‘’.   Sedap benar mulut diaorang . Mana lah aku perasan, aku ingat cencurut mana. FYI  bunyi itu menakutkan OK! Lain kali, kalau nak ngorat guna la cara lain yang lebih proper. Contohnya, bagi salam. Kan lebih afdhal. Tak gitu kak Limah?

2.   ‘’vroomm vroomm....’’

 Aku memang tak suka kalau tengah tengah jalan tiba-tiba ada penunggang motosikal yang  bajet motosikal dia besar sangat sampai tak muat nak lalu kat jalan raya tu.  Siap Vroomm Vroomm kat tepi aku. Tak payah la nak bagitau aku yang kau ada motosikal, aku jalan kaki je. Itu riak namanya.Kalau motosikal kau berkuasa tinggi takpa la juga nak buat gitu. Tak pon kalau aku block laluan kauorang, cakap la, tumpang lalu sikit. Kan lebih sopan dan beradab. Ni kalau kau buat vroomm vroom tu, kau menyebabkan banyak asap keluar . Aku bukannya apa, aku tak suka bila orang lalu sebelah aku, orang cakap bau asap disebabkan pebuatan kauorang.

3.  Missed calls.

Please la . Missed calls  bukan cara terbaik untuk ngorat para gadis. Kauorang ingat para gadis  akan layan. Tak adanya diaorang rajin nak tanya balik “ sapa nih? ‘’.  Kalau ada  hanya segelintir ye.Itu mereka yang suka melayan. Tapi aku rasa para gadis sekarang semuanya terpelajar dan tak kisah dengan gangguan-gangguan seperti itu. Jawapan selalu yang  lelaki tak gentleman ni akan kasi ialah ‘’ salah nombor ”, ‘’ I kawan U masa kecik-kecik dulu. Kita kan pernah main guli sama-sama. Ingat  tak ?’’  ataupun ‘’ I tekan je. Tak sangka dapat no U. Anyway, boleh kita berkenalan?’’. Hahaha. Tolong la. Kami gadis-gadis ayu tak layan semua itu.  Kalau kauorang berani, meh la sini.  Cakap depan-depan ahh.‘’Aku suka kau. Jom kita kawen?’’



p.s. Para lelaki, tolonglah  jadi gentleman sikit! Boleh?

4 comments:

  1. hahaha....pastu kan bila laki cencurut gile2..
    ade pulak pompuan respon...sure laki kutuk gle2...cop gedik pulak...adoiii...hehehe...


    kalau motor besar xpe jgk kn....hehehe

    ReplyDelete
  2. @ kure-kure comel

    tu la..laki ni complicated!
    Bila kita layan dia kata kita gedik
    Bila kita tak layan dia kata kita sombong.

    haish.. macam2 la deme ni.

    ReplyDelete
  3. saudari just ckp bg pihak gurl je..huhu..lain owg lain cara

    ReplyDelete
  4. @anonymous

    ye.. lain orang lain cara. Mungkin ini cuma pemerhatian kasar saya saje.

    peace~

    ReplyDelete