Kentut Petanda Baik!


Assalamualaikum

Siapa sini pernah kentot angkat tangan? What? Cik Jah tak pernah kentut? Tak mungkin la. Semua orang pernah kentut kot. Kalau tak kentut tu maknanya tak lama lagi dah tu. Hahahaha

Kalau pagi-pagi aku masuk toilet kat hostel mesti aku dengar bunyi po’t po’t tu. Pastu bila dah terkentut-kentut,  mula la  dengar bunyi orang berdehem-dehem dengan kuatnya  untuk meng’cover’ bunyi kentut yang berdas-das  tu. Eh eh..apa euww euww? Macam la tak pernah buat! Okey la, sebenarnya post kali  ni bukanlah nak bercerita pasal orang kentut kat bilik air di pagi hari . Tapi nak bagi tahu kat U’olls semua, kentut tu petanda baik. Wow! Petanda baik? Fakta ke auta ni?

Tahukah anda apa itu kentut?

Kentut merupakan suatu proses melepaskan atau mengeluarkan gas melalui anus yang dijana di dalam salur penghadaman. Dalam budaya masyarakat timur, kentut  di khalayak ramai dikatakan  kurang sopan ya. Kalau sendawa ok jah. Kalau orang putih , terbalik pula. Kalau kentut tak apa, sendawa pula yang tak sopannya. Pelik-pelik. Kentut dengan sendawa mana lagi busuk?  U’olls pikir la sendiri!

FYI,  menyimpan kentut adalah satu perbuatan yang tidak sihat ye.Seperti yang telah diberitahu  tadi, Kentut merupakan gas yang ada kat dalam usus kita. Gas-gas ini datang dari udara yang kita telan semasa makan atau minum yang disebabkan  oleh proses penghadaman  yang tidak sempurna.Gas-gas ini kemudiannya akan bergerak bersama-sama tahi menuju ke rectum untuk proses penyingkiran.  Kedua-dua ini akan menimbulkan rasa tidak selesa   pada bahagian perut dan ulu hati jika tidak dilepaskan. Bunyi kentut  juga dikatakan suatu bunyi yang unik. Unik? Ouh.. pehlis la.~Ahaa.. meh aku bagi tau U’olls semua..  Bunyi kentut sangat bergantung kepada kandungan air dalam badan, lemak dalam badan, gerakan otot rectum kita                                dan juga kelajuan gas itu dilepaskan. Pergh!  Kentut pon nak ada velocity gak. Memang style la. Ahaks.. Maka di sini telah jelas menunjukkan  terdapatnya variasi dalam bunyi kentut kita semua . Sebab itu la bunyi kentut dikata unik! hehehe

Kenapa kentut tu Busuk?

Memang la busuk.Ada ke kentut yang wangi?Berdasarkan kajian yang dibuat, kentut yang busuk biasanya berpunca daripada sulfur-containing gas. Kalau tak percaya, cuba gi makan kuning telur banyak-banyak. Lagi-lagi telur rebus tu. Pastu cuba tengok sejauh mana tahap kebusukan kentut anda (Please try this at home) jangan buat depan orang ramai,  nanti jatuh saham anda. Lagi satu, bau-bau yang kurang enak itu juga disebabkan oleh bacteria yang hadir dalam tahi  yang tertahan  kat rectum tu .(Jangan tahan berak! nanti kentot busuk- sila ambil nota ya).


Apa yang akan jadi kalau kita tahan kentut?


Nak tahan boleh, nak lepas pun boleh. Aiman tak kesah.. Erm, kentut ni bukannya racun pun. Tak la sampai membawa maut atau kerosakan mental kalau tak nak buang.  Last-last  gas ni akan di releasekan jugak melalui pernafasan atau waktu kita tidur nanti. Cumanya kalau tak dikeluarkan cepat, takut-takut tak selesa perut.

Apa petanda baik tu?

Dari segi kesihatan, kentut menunjukkan kita mempunyai aktiviti usus yang baik. Sebab itu kalau ada orang yang kena bius semasa pembedahan, lepas pembedahan kena tunggu kentut dulu baru boleh makan dan minum. Tapi kan,  kalau seseorang tu selalu sangat kentut atau tak boleh kentut langsung beerti terdapat abnormalities dalam  salur pencernaan dia. (perut dan usus). 


p.s. So apa lagi, kalau rasa nak kentut, kentut ajelah. Tak payah nak tahan-tahan.  Kang tahan-tahan, lagi kuat bunyi dan baunye~ =P








pemain ragbi seorang yang gay?

Hot euwww!!!!!!* Alaala minah gedixx yang suka minum kapi radixxx*

Pesanan awal dari gadis kacak. Pangkah X jika anda tidak setuju dan teruskan membaca jika anda setuju.

Hahahhaa…

bila miss lily pos sal citer gay. mis bb pun teringat lah satu inciden sal gay. Sekadar berkongsi sebuah cerita melalui pemerhatian dan pengalaman.pengalaman?? upppssss!!! Im not gay lah..lalaalalaaaa…..

Suatu hari di sebuah matrikulasi di semenanjung malaysia…

Aku terpandang seorang jejaka yang ala-ala model. Seorang yang metroseksual. Bergaya. Pergh! Pakej lengkap! Ensem. Macho. Nampak memang educated. sang jejaka melintasi aku dan seorang kawan yang aku gelarkan dia si golden girl..

Aku: perghh ensem mamat nie weyhh! Ko tak nak try ke?

Sambil memandang golden girl yang merupakan seorang yang gojes dan sangat diminati oleh sang teruna

Golden girl: ahh? Laki cam tue? No way lah! Bek aku amik abg kafe..

Aku: cezz abang kafe..bila pulak ko berskandal sandal ngan abang kafe nie?

Pada masa yang sama..mengimbas seorang demi seorang abang kafe. Setahu aku,takde sorang pun yang ensem. jambu pun takde.apatah lagi buah epal kan?kihkihkihhhh

Golden girl: hahahahahahaaaa…. Bukan lah. Ko tak tahu ke yang dia tue bengkang bengkok?

Aku: bengkang-bengkok? Haihh aku tengok dia tue jalan straight jerq. Tegap jerq weyhh!

Golden gold: hahahahaaaa(lagi kuat dia gelakkan aku) ko nie memang suci bersih laa weyhhh

Aduiii..apa nie yang si golden girl nie cakap..ke-inensen-an dan kebluran aku berada di tahap yang tinggi pada masa tue

Golden girl: bongexx!! Dia tue gay lah babeee!!!!!!

Aku: ahhh? Gay???!!!!!!!!!!

Terkejut beruk aku..beruk pun tak terkejut camtu kot!

Pergh..juz I said juz now. Pakej lengkap weyhhh! Tapi sayang seribu kali sayang…dia gay

Bermula lah cerita oleh si golden gay…

Menurut golden girl. Si jejaki nie dulu sekolah berasarama. Semua laki. Dan merupakan pemain ragbi di sekolahnya dan sangat aktif. tapi desas-desus dia seorang yang meminati kaum sejenis dan telah terbukti! Perghh selama nie aku duk pandang pemain ragbi sangat lah ‘lelakilembut’(refer to entri yang lepas). Rupa-rupanya ada jerq yang………………………………..

g.a.y.

pakwe anda pemain ragbi? So ape lagi make sure dia adalah seorang yang betul-betul ‘lelakilembut’ bukan gay.

*cuba mencari fb lelaki nie. Nak tgok dia masih lagi lam kancah itu. Tapi xjumpa. Gadis kacak mendoakan semoga dia kembali ke jalan yang lurus. aminnn

sekian terima kasih.

saya bukan Gay saya OK!!





Hola hola holaaaaaa...


Bertemu lagi kita dalam rancangan gadis kacak. Tajuk kita pada hari ini adalah.....


EuwwwwwwwwwwwWwwww!!!!!!!!!!!!!

Agak-agak u ollz lah kenapa wujud golongan-golongan songsang camni?? Adakah sebab gadis-gadis sekarang ni tak cukup lawa?? Tak cukup menggoda kew?? Atau tak cukup seksi?? Atau gadis-gadis sekarang dah semakin berkurang sampai perlu wujudkan alternatif lain sebagai tempat berkasih sayang, bermesra lagi bermanja?? OMAIGOD!!!!!!!!!!!!!!! Rasanya gadis-gadis sekarang ni dah terlebih banyak dah ni. Boleh pilih-pilih lagi nak jenis yang macam mana. Yang gedik?? Auww.. Yang agresif?? Wow.. Yang ayu lagi layu?? Ehemm, miss lily la tu. okay sila abaikan :D



Dahlah kaum lelaki sekarang ni boleh bilang dengan jari je. Dalam kata lain dah nak pupus. Tolak dengan para nyah-nyah dengan yang gay ni tinggal berapa kerat je?? Yang normal tu banyak ragam la pulak. Camni lah. Camtu lah. Siapa yang susah?? Gadis-gadis jugak la yang susah. Nak cari yang berkenan di hati pon punya la susah. Pastu bila dah jumpa, gay pulak?? Dah la para gay tu banyak yang hensem-hensem, aiseyyy. Concentration gadis-gadis ni dah tahap tepu. Nak kena bersaing lagi?? Ish... susah betol nak kahwin ni :P Owh, banyak betol miss lily membebel. Bukan apa, fikir masa depan je. Hehehehe.

Okeh. Cukuplah intro. Sebenarnya nak citer pasal kisah yang tengah HOT sekarang ni kat tempat belajar Lily. Ha.. nak tahu tak?? Ce citer ce citer.

Kisahnya bermula begini.

Di suatu pagi yang hening. Cewah. Tengah tunggu dapat kertas soalan untuk exam yang agak mencabar. Semua pon muka cam tensen je. Campur dengan mata kuyu cam tak cukup tido.

Tiba-tiba..

Masukla seorang mamat ni bawak kertas soalan. OMAIGOD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hensem kot. Semua orang pon pakat duk usha la mamat ni. Memang tak berkelip lah. Mata yang layu tu pon jadi segar tetiba. Siap bersinar lagi. Miss Lily?? Eh, miss Lily ni tunduk je. Ye la, ustazah pesan tundukkan pandangan. Ececece. Maka kami pon jawab la soalan tu. Kejap-kejap ada yang pen jatuh. Kejap-kejap ada yang angkat tangan mintak tambah kertas. Ceh, konon khusyuk sangat la jawab exam tu kan. Padahal curi-curi nak pandang mamat hensem tu. Yela, susah nak jumpa orang hensem ni. Dah dapat peluang cuci mata tu. Apa lagi. Bak kata mak minah jiran sebelah tu.Grab the chance. Rasa cam tak nak exam tu habis je. Heheh. Gila gatal.

Tapi sekejap je. Habis exam tu, kitorang pon dah lupa pasal mamat hensem tu. Sampai la satu hari.

'' Woi woi. Korang tahu tak??'' Dody (bukan nama sebenar)
'' Tahu ape??''
''Tahu tak??''
''Ape dia????''
''Tahu tak????''
Ish, rasa nak pelangkung je si Dody nih.
''Mamat hensem aritu sebenarnye GAY!!!''
''What??????????????''





OMG OMG!! Mulanya memang ramai yang tak nak percaya. Ye la, orang hensem, bijak pulak tu. Memang perfect la kalau nak buat jadi laki ni orang kata. Tetiba datang si Dody cakap dia gay?? Gay?? Mamat hensem tu gay?? Alamak. Maka kami pon siasat la si mamat hensem ni. And u ollz know what??


D I A M E M A N G G A Y ! ! !


Kitorang siap jumpa gambar sweet-sweet lagi dengan 'makwe' die tuh. Euwwww...Pastu, ada sambutan anniversary dorang jumpa lagi. Ada kek tau. Sweet??? Erkkk.. Semoga Tuhan berikan hidayah. Gambar-gambar tu kitorang jumpa dari mana? Ala, tak payah korang tahu.

Maka frust la para gadis. Ramai tau yang nak bajet-bajet nak jadikan dia ni pakwe. Cez, baru ingat nak ngorat. Siap ada yang bertekad nak cuba ubah si mamat hensem ni. HAHA. Lawak pulak bila teringat. Sekarang ni, bila miss Lily nampak je mamat-mamat yang hensem-hensem ala-ala metroseksual, mesti akan beringat. Possibility untuk mamat tu gay amat tinggi. Jadi, tak de la frust menonggeng kalau dapat tahu die gay kan. So, buat para gay di luar sana tu bawa-bawa la bertaubat. Hidup ni sekejap je. Kalau Tuhan nak balas, atas dunia pon boleh balas. Tak kesian ke dengan mak ayah. Selama ni ingat anak dia baik, rapat dengan kawan laki sebab nak jaga batas dengan para gadis. Tapi last-last, batas dengan kaum sendiri pulak terover. Macam mana tu? Menangis air mata darah orang tua tu. Jaga kita dari kecik, makan pakai cukup, ilmu dunia, ilmu agama pon cukup. Tapi?? Bila besar lain pulak jadinya. Maybe dorang akan cakap dorang jadi camtu bersebab. Sebab kecewa dengan gadis-gadis lah. Naluri memang macam tu lah.

Nauzubillah. Semoga Tuhan melindungi kita daripada maksiat. Semua tu ujian. Setiap orang pon kena uji. Tak boleh la kita jadikan ia sebagai alasan pula. Miss Lily nak cakap banyak-banyak pon tak reti. Tak layak rasanya. Kita doakan je lah semoga Tuhan bukakan pintu hati, kenal yang mana baik, yang mana buruk. Ameeeeen.



PEACE NO WAR :)



Salam.











Dikejar keranda terbang

Assalamualaikum
Hai U'olls!

Ini cerita berdasarkan pengalaman kakak aku masa dia kerja shif  malam. Dia bertugas sebagai seorang jururawat di sebuah hospital dekat area Selangor. Masa itu kebetulan dia kerja shif malam. Kakak aku cakap, kalau shif malam je, mesti ada orang ajak dia bergurau senda.Orang? hmm.. orang kat sini bukan manusia. Tapi , karib kerabat shaiton nirrajim.

Al-kisah, satu malam ni. Kebetulan kat wad tempat dia bertugas tu tak ramai pesakit, jadi malam tu  bila semua pesakit dah tido, dia pun masuk la kat bilik staff. Nak rehat kejap. Dapat lelap seminit dua pun jadi la. Dia pun mula membaluti tubuhnya dengan sehelai kain selimut putih sebab bilik staff tu berhawa dingin. Sejuk pula nantinya kalau tak pakai shelimut. Baru je dia nak lena, dia rasa ada orang tarik selimut dia. Dia celik mata kejap, tengok kat bawah meja  manalah tau kawan-kawan dia saja nak usik. Hmm, tak ada sesiapa kat bawah tu. Dia pun selimut balik kaki dia. Lama pulak lepas tu, kena tarik lagi. Benda tu tarik, dia tarik balik. Benda tu tarik, dia tarik balik.Dah macam main tarik tali dengan itu benda.Last-last, kakak aku buat tak tau aje la dan sambung tido balik. Tak lama lepas tu, ada lagi shaiton nirrajim ni. Itu benda  main kasar pula. Boleh siap main geletek-geletek kaki orang lagi. Kakak aku pun memang panas la masa tu. Geram pun ada. Hilang dah takut ke apa. Peduli la sama shaiton nirrajim tu. Main garu-garu kaki orang segala. Dia pun alih kaki dia naik atas meja. Esoknya, bila dah habis shif malam, dia cerita la kat kawan-kawan dia, rupa-rupanya memang orang shif malam selalu kena geletek kalau  tido kat situ. Tapi, diaorang malas nak gebang sebab tak nak besar-besarkan hal. Senyap-senyap sudah. Bila dah selalu kerja malam, lama-lama  jadi lali dengan gangguan benda tu. Bila benda tu ajak main tarik-tarik, layankan ajalah. huh!



Hihihihihihihihihihihihihihihihihhihi..........

Masih lagi cerita shif malam, benda ni jadi dekat wad lain. Tapi cerita dia tersebar sampai wad kakak aku sebab nurse tu lari datang kat tempat dia. Masa tu, nurse yang sorang ni baru balik dari tandas. Masa lalu  berhampiran  tingkap besar dekat laluan nak masuk  wad tu, dia nampak macam ada benda terapung betul-betul kat tingkap tu. Dia pun macam tersentap juga la, apa kejadahnya  benda  terapung malam-malam buta ni. Nurse tu pun genyeh-genyeh mata dia sekali dua, takut salah tengok ke apa. Bila dia tengok betul-betul, omak aii! Benda itu adalah sebuah keranda. Keranda terbang!. Mula-mula dengar cerita yang macam ini, nak tergelak pun ada. Iye la, mana datang keranda tu. Dah lah wad dia kat tingkat atas. Rajin pulak keranda tu nak terbang jauh-jauh malam-malam buta gini. Memang masa tu, nurse tu memang cuak habis la. Rasa nak terkucil dekat situ.Dia lari, tapi setiap kali dia lalu kat dinding yang ada tingkap, dia nampak seolah-olah keranda tu kejar dia. Abih tu, dia apa lagi, cepat-cepat lari pergi kat wad kakak aku. Memang kakak aku cakap muka nurse tu pucat lesi. Takut sangat agaknya. Kakak aku yang tak kena kejar tu pun, meremang bula roma. Dah la tengah-tengah malam kat hospital seram. Bukan suasana je, bahkan sampai bau udara kat situ pun seram.Lepas kejadian itu,  bila makhluk shaiton nurrajim tu usik , semua orang senyap je. Semua orang baca lah ayat-ayat yang patut.Takut kalau dicerita, lagi menjadi-jadi gangguannya. Ye la, diaorang nanti bajet yang umat manusia suka gila kat diaorang sebab selalu bercerita pasal mereka. 

p.s. Teman ghase la, deme tu bukannya apa, saja nak berkawan la tuh. Dah kawan-kawannye ramei udoh terbakor agaknye. Sebab itu ler, tiade lagi teman nak bergurau senda. Udoh itu, dicarinya umat manusie. Idok ke sengal namanye, sekali manusie tu baca ayat-ayat suci, terbakor la kome jawabnye. Adoila~


awak jodoh saya?

bukan mudah untuk terjunam di dalam lembah percintaan. dan bukan mudah juga untuk terjebak di dalam dunia percintaan. bukan kah begitu wahai gadis-gadis yang rupawan dan lelaki-lelaki gentleman sekalian. gentle itu lembut kan? man itu lelaki. so gentleman adalah lelaki lembut. opsss!!! maafkan miss bb jika anda terasa sebab miss bb bukan lah terer sangat bahasa omputeh nie. muet pun sekadar ‘atas tong’ jerq. lepas lah nak masuk university. alhamdulillah:)
berbalik pada tajuk di atas…
jodoh adalah satu yang subjektif. tuhan yang merancang dan menetukan segalanya. iyep! sebagai wanita, kita dicipta sebahagian daripada tulang rusuk kaum adam yang merupakan jodoh kita. sedarkah kita akan perkara tue?
‘lelakilembut’(what i mean gentlemen) biasanya akan menggunakan taktik yang paling berbisa untuk mencairkan sekeping hati wanita. senang atau susah? mana boleh lelaki tersebut melakukan ujian pencairan terhadap hati tersebut. maka berusahalah ‘lelakilembut’ tersebut untuk mendapatkan hati wanita tersebut. taktik yang paling berbisa…konpem lah taktik mengayat perempuan!! pada aku, semua lelaki pandai mengayat kot. setuju? tapi kenapa tak ramai jer yang fail paper bahasa melayu lam spm sampai takleyh further stdy.
‘perghhh..mengayat pempuan no 1 beb!!!tapi spm failed paper bm! ape kess???’(sila bangga disitu jika anda seorang playboy dan failed paper bm)hahahahaaa…
so kepada gadis ‘kacak’ sekalian..jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat lelaki tersebut. kenali hati,kenali budi ‘lelakilembut’ terlebih dahulu kalau anda taknak merana pada kemudian hari. bukan ayat yang penting, tapi ketulusan hati itu lebih penting….wahwahhhhwahhh~~
tips gadis ‘kacak’:
sebelum menerima seorang lelaki. mungkin anda boleh praktikkan soalan dibawah.
“ tulang rusuk u sakit tak”(ini susulan entri miss lefthanded)

kalau sebelum nie korang tanya ' u sayang i tak?'
kali nie apa kata korang ikuttips gadis 'kacak'...

lu pikirlah sendiri!!!


OooEmmGee! neneK pun dah ada FB!

Assalamualaikum.

Hai U'olls!

Ohoho. Siapa yang dah ada FB tu? What??? Nenek  kita ? OooEmmGee!!!!!!!!!!!!

Cerita nya cenggini. Haritu aku ada dengar radio 'Terbang FM' Kebetulan pagi tu tajuk sembang diaorang   ' Parents and Technology'. Aku pun apa lagi, kuatkan sikit volume sebab tajuknya agak menarik. Padahal dah pakai  fon telinga siap. Boleh pulak tak berapa dengar. Check volume, dah setengah aku naikkan. Nak buat macam mana,umur dah tak berapa nak remaja. Sebab tu la ada masalah sikit. ( aku pekak ke heh?). DJ ' Terbang FM ' tu pun mulakan intro bla bla bla. Dia gi bukak cerita pasal mak dia yang beli I-pong tapi tak tahu nak guna.Pasal orang tua  yang ada telefon canggih, tapi reti guna untuk hantar mesej, angkat dan letak telefon. Sayang seribu kali sayang Tak lama lepas tu, ada sorang caller perempuan dari Selangor kalau tak silap. Nama dia apa entah, tak ingat. Erm.. Kata la nama dia  Maria Kari a.k.a Em-K. Dia pun mula la kan cerita nya,


Em-K : Dulu my ex-boyfriend kerja sebagai computer engineer. Then, satu hari dia datang rumah I sebab nak tengok laptop I  yang ada masalah tu. Lepas dia dah godek-godek benda  itu, dia pun cakap tak da apa-apa. Cuma kena format semula aje.

DJ: So, wat hapen next?

Em-K: Lepas tu mak I pun datang, dia tengok laptop tu. 

Mak:  Jejai ( nama bf Em-K tu), aunty nak tanya sikit. Ada tak laptop yang zum zum.

Jejai: Zum zum? Webcam ke aunty?

Mak: Ala. Yang zum zum tu.

Jejai : Webcam ke aunty ? ( dengan muka pelik) . kalau webcam tak boleh zoom macam camera biasa tu.

Mak: Bukan la.  Zum zum zum zum ( sambil buat gaya tangan ke depan- gaya nak tunjuk sesuatu yang bergerak dengan laju like a G6- tahu pulak mak dia G6).

Em-K: Hahaha. Ingatkan apa la. Rupa-rupanya mak I nak tanya ada tak laptop yang laju sikit. But, dia tak tau nak cakap macam mana. Yang biasa dia guna untuk benda-benda laju ialah zum zum zum zum.

DJ: Ahahaha.. zum zum zum. tenkiu Em-k for calling us dan kongsi cerita dengan kami. (putus)

Next Caller pula cerita pasal nenek urban. Fuyoo! dengar urban je mesti nenek dia ni nenek moden atau muda lagi umurnya. Aku pun mula menumpukan sepenuh perhatian.

 C: Haritu masa bukak fb, I nampak ada satu friend request. I pun tengok la siapa. Nama dia LadyZaaz. 

DJ: Wow! ladyzazz?Nama nak market jah. Macam  zaaz melodi pun ada. haha.

C : LZ ni tak share pula profilenya. I don't have any idea who is she. So, I pun mesej la dia tanya, '  Hai
 Lz, kita kenal ke? 'Tq.  2 minit lepas tu dia reply, ' Ini nenek la. Cepat la approve!'. Masa  tu memang tekejut monyet depan screen laptop tu. Nenek ada akaun FB? Takutnyaaaaaa.... Lepas pada tu, I asyik dapat notifications LZ mengkomen gambar-gambar yang I upload. Yang paling tak tahan nya. Boleh pula dia add bf I. Oh no.. dia sangat menakutkan. Even my kawan pun tak tau lelaki tu bf I. Macam mana nenek I boleh tau pula.

DJ: Ohoho.. Nenek you ni menakutkan la. Dia stalks your fb. Hahaha.

C: Lepas pada tu, I remove dia dari friend list. Maybe it looks like kejam. Tapi untuk keselamatan, I perlu buat itu.

DJ: Did your granny perasan tak yang you dah remove dia?

C: Perasan. So, bila dia tanya ' mana pergi fb you?  ' . I cakap dah deactivate account. hahaha

DJ : Hahaha..


Sorry ye opah. Opah sangat menakutkan

Actually, banyak lagi cerita. Tapi aku cerita dua ni je la dulu. Lepas pada tu aku terus tutup radio sebab nak gi kuliah. Dah lambat. Hikhik.

Kauorang rasa selamat tak kalau parents kita tau menggunakan teknologi masa kini sepenuhnya? 

p.s. Pengubahsuaian dan penggunaan perkataan/ayat -ayat tertentu dalam dialog di atas adalah bertujuan untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. kehkehkeh  =p

' Tulang rusuk awak sakit tak? '

Assalamualaikum.

Hai U'olls!

Hari ahad haritu, aku dengan kawan-kawan aku cik Ew, Zz dengan Em-L sajelah pergi jalan-jalan keluar. Ala, girl's day out konon-kononya. Kebetulan kami baru habis exam masa tu. Setelah penat bersengkang mata studi sampai lewat malam ( padahal aku stado je lebih). Biasalah, sistem pendidikan kat sini kan exam oriented. Memang kena skor la kalau nak selamat final nanti. Kalau gagal exam kecik cenggini, memang tinggal harapan je la nak dapat result flying colours.Terus terang aku bagi tau, kalau tak baca buku dan tak buat latih tubi memang jem la nak jawab exam haritu. Orang cakap soalan objektif boleh tembak kalau tak tau. Dalam ini kes, salah tembak memang sekali lalu jela. Alamatnya memang babai ! Okey, aku rasa tak payah la nak sembang lama -lama pasal pelajaran. Ada orang stress bila sebut pasal hal-hal pelajaran ni. Betul tak? 

Lepas habis exam tu, kitaorang pun pergilah 'Lembah Tengah'. Memang ramai la orang turun kat situ. Masa keluar tren, mata aku tiba-tiba je terlihat sesuatu. Masa tu, tak tau nak cakap apa. Aku nampak lelaki cantik lagi ayu. dengan cardigan hitam berbelang, lagi jarang. Badan dia memang cantik la, macam model dah aku tengok. Rambut dia, mak aih ! Perang siap berketak-ketak lagi. Tang muka aku tak nak la cakap banyak. Memang solekan dia cantik macam nurul shukor. Aku pun tak pandai nak bermake-up gitu. Kalau setakat pakai bedak debu , aku retilah la. huhuhu. Time tu aku nak je pergi kat sebelah dia cakap 

' awak nampak gojes macam ni. Tapi,  saya rasa awak lebih kacak dalam versi lelaki'. 

Tapi, aku tak berani. Dalam hati, macam-macam ada. Harap- harap dia berubah la nanti. Sebab dia memang secara semula jadi lelaki. Tapi sayang, dibiarkannya naluri wanita mendominasi. Haila, macam-macam  gaya oarang-orang kita ya. Tak apa la. Lupakan ajelah lelaki ayu ni. 

Masuk je dalam, kami pun cari port untuk mengisi perut. Lapar sangat ni. Banyak tenaga digunakan untuk menjawab soalan exam tadi. Lepas makan, kenyang perut suka hati dan kami pun jalan lagi. Aku pun ajak la kawan-kawan aku gi mph. Nak cari buku sikit. Lepas setengah jam, kami berkumpul balik. Tapi sorang hilang. Tak tau gi mana. Aku pun call la dia,


 Aku : You ada kat mana?
Miss Zz: I kat tengah, dekat dengan kolam air tu. Belakang almari.
Aku : Okey. I pergi situ. Tunggu tau. ( Letak telefon)

Cari punya cari. Tiba-tiba aku nampak dari jauh kawan aku ni duduk gelak sorang-sorang baca komik tanpa menghiraukan kawasan sekelilingnya. Yang paling ketara kat situ, ada seorang jejaka. Muka baik je. Dengan kaca mata berbingkai hitam (old school). Rambut gaya remaja biasa. Aku rasa umur dia lebih kurang ataupun sebaya. Aku pun lalu kat situ. Dia toleh jap, dup. dap.dup dap. Tak sengaja aku terpandang dia. Mata kami bertentangan.Hek eleh! tak sampai lima saat pun. Asal aku yang gelabah lebih,dia nampak cool je dengan sedikit malu-malu.

Alolo, comelnya. Maksud aku bukan dia yang comel, gambar kucing dalam buku yang dia pengang tu. Omaigod! Dia pencinta kucing rupanya. Aku nampak dia pegang buku 'kitten'. Khusyu' je dia baca. Kawan aku cakap, lelaki suka kucing ni penyayang. Memang ciri lelaki idaman la. ecece.



macam ini comel tak?

Yang aku pelik, masa lalu dekat dengan dia aku rasa berdebar. Adakah dia juga begitu? Aku pernah terbaca kat fomspring seseorang, 'Kalau seorang lelaki tu rasa sakit kat tulang rusuk dia bila lalu tepi  seorang perempuan, maknanya perempuan tu jodoh dia. Sebab perempuan kan dijadikan dari tulang rusuk lelaki'. Okey, ini fakta ke auta?

Masa tu nak je aku berhenti kat dia dan tanya,

" Tulang rusuk awak sakit tak sekarang?'' - motif??? 
( memang sengal la kalau aku tanya soalan ni kat dia masa itu. hahah)


Part 1: XX vs XY , Siapa lebih gatal?

Hai U'olls.

Ahaa.. Tajuk post kali ni agak suam-suam kuku ye. Bab gatal- gatal semua orang pun boleh jadi sensitip. Kalau gatal badan boleh garu, kalau gatal tekak boleh makan cap ibu dan anak, kalau gatal kepala maknanya banyak kutu,sila pergi shampoo kepala you. Tapi, kalau gatal merenyam macam mana? Ooo Emm Gee! apa nak buat kalau U'olls jumpa dengan golongan GM.  Nate gapo GM tu? Ouh ye, lupa nak kasi tau. GM tu ialah gatal merenyam, bukan gila meroyan. I repeat, GM stand for gatal merenyam bukan gila meroyan. Semua orang dapat? Okey, good! Ehem..ehem..( tiba -tiba tekak  aku nak menggatal plak) .

XX vs XY siapa lebih gatal ? Seperti yang semua sedia maklum, para gadis mempunyai pasangan kromosom XX, sementara para jejaka mempunyai pasangan kromosom XY. Jangan tanya aku, jantan ayu pasangan kromosom nya apa sebab aku pun tak tahu. 

Part 1

Dulu aku pernah join chat kat laman sesawang  'KC'. Pastu, aku ada kenal dengan seorang jejaka yang berkhidmat dalam bidang professional. Lepas soal selidik semua, didapati beliau ini agak tebal poketnya.(aku bukan materialistik ok!. Saja je, manalah tau kot kot jodoh aku ngan dia. Nak kawen esok senang).Hahaha Kami pun bersembang la macam biasa, dari ASL sampai la ke family background sikit- sikit.Bab-bab family tak leh cerita banyak-banyak. Kang tiba-tiba dia berubah fikiran nak berkenalan dengan adik beradik aku yang lain, melepas lah. Kebetulan, esok tu aku ada kuliah. Jadi aku tak nak la chat lama-lama takut nanti ngantuk pulak  kat dalam kelas esok. Aku pun cakap la kat dia yang aku nak out dah. 

Beliau:  You ada fb tak? - Soalan tipikal kat chatroom. 
Aku   : Ada. Tapi, kasi  you punya dulu. Nanti I add. (nak pastikan yang beliau tidak memalsukan maklumat-maklumat yang diberitahu dalam KC - play safe ) haha..

Aku dengan pantasnya add.. Pergh! beliau tu boleh tahan kacak. Beberapa minit lepas tu dia approve. Then, tiba -tiba

Beliau : Mana gambar you? 
Aku    : Tak da gambar la ( FYI , gadis kacak tak suka tayang gambar ...haha)
Beliau : Ada YM tak ?
Aku    : Ada. Kasi ID you, nanti I add.
Beliau : Mistaengineer_**
Aku   :  Okey. Dah add.

BUZZ!!

Mistaengineer:  You, jom webcam nak?
   Aku :  Sorry la. I tak ada webcam.
Mistaengineer:  ...........................................

Terus senyap dowh! Kene reject ajak webcam. Haha..
See..  Dah tak dapat nak tengok gambar kat fb, ajak webcam bagai. Siapa yang gatal? aku ke dia?

p.s.  Part 2 akan menyusul~

Jejaka Idaman Jejaka Jambu????


Hola hola holaaa…

Ha..arini gadis kacak lily nak habaq 1 citer kat kome2 semua.. nak tau tak??? OMG tak nak?? Tak pe lah.. nak bagitau jugak. Zaman sekarang ni, para gadis-gadis semua kat dunia Malaysia ni tak kira la gadis kacak ke.. gadis comel ke..gadis hot ke..gadis lawa ke.. gadis meletOp ke..gadis ayu??? okok semua gadis-gadis semua memang ayu-ayu belaka. Itu memang tak dapat nak dinafikanlah. Tidak ketinggalan jugak gadis yang tak berapa nak gadis aka jantan ayu. Eh..jantan ayu je ke?? tidaklah, ada juga jantan yang tak ayu MINAT GILER citer korea. WOW!! Tapi arini tak nak la cerita pasal cerita korea. Just nak cerita pasal lelaki korea.



"Ala.. yang jambu-jambu tu.." Bak kata adik aku mewakili para jantan-jantan semua yang jeles sebab awek dorang lagi sayang kat LEE MIN HO daripada dorang. Hak hak hak..

So, sebagai gadis kacak yang memahami, nak cerita la kenapa agaknya hal ini terjadi ye? Kenapa para gadis lebih suka berangan kahwin dengan Kim Hyun Joong daripada Zizan Nin? Kenapa para gadis lebih suka mimpi tengah dating dengan Jang Geun Suk daripada mimpi dating dengan Farid Kamil? Kenapa ye? Jantan-jantan kat Malaysia ni kurang hensem ke? Kurang baik ke? Kurang kaya ke? Hm..


Kecomelan kemachoan kehenseman

Hey!! Yang ni memang tak dapat dinafikanlah. Gadis-gadis ni macam para lelaki la jugak. Ada yang minat yang jambu, ada juga yang minat yang ganas-ganas. Kepada yang tak kenal yang mana jambu, macho, hensem, meh gadis kacak terangkan.




lee min ho jambu

Kulit licin tak de jerawat, bersih, putih melepak pakai baju pink sambil buat aksi-aksi comel itu namanya jambu.


kim joon macho

Yang ni lak macho. Bagi aku la.. Nampak cam lelaki yang nampak lelaki. Hm?? Heheh. Dalam boys over flower, dia lakonkan watak Song Woo Bin. Memang macho habis la. Dia ni kira daripada famili yang cam gangster-gangster la..ala-ala mafia gitu. Ceh, nampak sangat ko minat dia ni kan?? :D


lee dong wook hensem

Hensem? okey, rasanya semua pon tau apa lelaki hensem tu macam mana kan?

'' Ala..plastic surgery je semua tu..''

Hahahahaha.. ye..aku tau mesti para jantan-jantan yang jeles tu nak cakap camni kan? Well.. minat tengok dorang bukannya nak kahwin ngan dia. So, perlu ke kisah dorang yang jambu, macho dan hensem ni buat plastic surgery or tak?? Paling-paling pon akan cakap

'' Dia hensem tapi buat plastic surgery la. Tapi siyes dia hensem.''

So.. apa ada hal kan. Cuci mata je pon. Artis-artis lelaki kat Malaysia boleh ke lawan kecomelan artis korea?? Boleh ke lawan ke henseman dan kemachoan dorang?? Mungkin. Faizal tahir boleh. Tapi tak ramai pon kan. Hehehe..



6 packs, talent, stylo mylo


choi siwon
6 packs tu ape????? Cez..buat innocence lak. Ala, macam durian tu. :D

Wahh..kenapa? tak percaya? jambu-jambu dorang pon ada jugak ketul-ketul ni. Dah la hensem, berketul-ketul lak tu. Pastu pandai lak menari.

OOOOOOMMMAIIGOD!!!!!!!!!!!!!

Lelaki kat sini ada ke camtu? Mungkin. Tapi tak ramai pon kan. Hehehe..



Cool Romantik Protected


Kalau korang perasan, dalam citer korea selalunya akan ada watak lelaki cool. Dingin tapi hot. Contohnya, Hwang Tae Kyung aka Jang Geun Suk dan dalam cerita You Are Beautiful. Para gadis ni sama la jugak dengan para lelaki. Tak suka yang mudah-mudah. Nak yang susah-susah tackle kan. Baru la adventure. Mula-mula watak dorang amatla annoying. Konon cool la sangat. Pastu ego tak bertempat. Layan heroin macam apa je. Then, bila hati dah terpaut, romantik sweet baik giler. Orang cakap yang susah dapat tu la berkualiti kan. Susah dahulu senang kemudian. Hik hik..

Dalam citer korea jugak, selalunya akan ada watak lelaki yang protected tapi tak mengongkong dan ala-ala abang gitu. Watak ni aku rasa ramai yang suka. Even tak dapat gadis yang dorang suka tapi still support dan tolong gadis tu. Aww.. sweet kan. Ini lah bezanya lelaki dalam citer korea dengan lelaki dalam citer Melayu.



Masak

Perhatikan dialog di bawah.

Citer Melayu 1:

'' Sayang, masak, basuh pinggan dan mengemas tu kerja orang perempuan. Abang sebagai lelaki mana boleh buat semua ni'' kata Rosyam kepada isterinya.

Citer Melayu 2:

''Eh, abang.. Abang masak ya pagi ni? Sedap la nasi goreng abang buat ni. Esok boleh la buat lagi ye?'' kata Nora Danish kepada suaminya.

" Sayang, abang lelaki tak boleh la masak selalu. Masak tu kan kerja perempuan. "

Okeh. Sekarang bandingkan dengan citer korea pulak.

Citer Korea 1:

'' Miho, kenapa dengan tangan miho?" tanya Cha Dae Woong kepada Gumiho.

'' Woong, tadi bersihkan pagar..huk huk'' balas Gumiho.

''Miho serigala ku.. lain kali tak payah la buat kerja tu lagi. Woong kan ada.''


macam blaja tatabahasa kat skolah pulak kan. HUA HUA HUA

See???? Beza kan? Kalau tak silap lah kerja memasak dan mengemas rumah tu dalam Islam bukan kewajipan seorang isteri tapi suami. Isteri cuma buat secara sukarela. Tapi masyarakat kita dah chop dari dulu kerja pompuan uruskan rumah. Maybe sebab dulu pompuan tak kerja. Duduk rumah je jadi apa salahnya buat kerja tu semua. Tapi zaman sekarang dah berubah kan? Gadis-gadis, pompuan-pompuan pon kerja jugak. Balik rumah nak rushing sebab nak masak lah, nak kemas rumah lah, nak basuh kain lah, nak buat air kopi suami lah. Lelaki buat apa? Ambil paper duk melongo depan tv sambil arah isteri buat air. Nasib nasib.. maybe tak semua. Tapi itu lah yang selalu dipaparkan kat citer Melayu. Gadis wajib pandai memasak. Lelaki tak wajib jadi imam?? Heyy!! Ok dah ter'emo'.



SWEET KANN????? ♥ ♥ ♥


OK OK OK.. aku tau ni semua hanyalah lakonan semata-mata. Rasanya susah nak cari lelaki-lelaki gentlemen cam dorang ni. Atau mungkin memang dah pupus kot. Oppss.. jangan marah. Maybe la korang akan cakap tak de nye dorang buat macam tu kat realiti. Ye ye ye. Aku tak cakap pon dorang buat macam tu. And aku tak cakap pon lelaki Melayu kalah ngan dorang kat dunia realiti ni. Ini hanyalah fantasi para-para gadis. Ya mungkin semua gadis lah. Siapa tak nak dapat lelaki yang hensem, macho, klakar. Pastu pandai lak menari, menyanyi caring giler, cool, buat kerja rumah, protected lagi kan. So, u oll tak boleh la nak salahkan gadis-gadis kalau dah terlampau minat kasih lagi sayang kat lelaki-lelaki korea ni ye. Apa kata kalau korang semua contohi watak lelaki dalam citer korea ni. Konpem ramai gadis yang cair ngan korang nanti. Kenapa? Tak percaya? Try la buat. Bak kata mak cik jiran sebelah rumah aku, tak buat tak tahu. Apa lagi? pegi la pinjam citer korea tu buat reference. Kata nak jadi lelaki idaman Malaya :D





PEACE NO WAR :)

Salam.. thanx..

permulaanku disini...

untuk pertama kali. mencatat sesuatu di dinding ini. time kasih miss lefthanded yang telah meng-invite aku lam belog gadis 'kacak' ini. sangat kacak kah kami? ohh tidak!!!


mungkin penamaan atau nomenclature( chem's term) gadis 'kacak' ini akan terbongkar satu hari nanti.


jangan bosan untuk terus mengunjungi belog gadis 'kacak' ini.

ingat gadis! ingat 'kacak'! ingatlah kami!!!

sambil setadii.sambil berbelog.


mungkin kurang. mungkin lebih daripada tiga

xoxo

miss bb :)

Lelaki sekarang tak gentleman


‘’perghh..semat ahh mamat ni !’’ , bisik hati kecilku. Ecece..

Masa  tu aku duduk kat depan kedai fotostat, tunggu kawan aku turun dari tingkat 3. Dia cakap ada urusan kejap. Kebetulan kat depan kedai tu ada bangku. Sambil-sambil tunggu tu, aku pun menggunakan lah nikmat pancaindera yang ada ni untuk melihat keindahan alam semula jadi. Masa tengah melihat ke hadapan, aku nampak seorang mamat ni. Badan dah la tough, rambut ala ala maher zain, siap pakai shades lagi dan lengkap berpakaian serba hitam.  Memang tergugat la hati nurani aku. Haha.. Aku pun teruskan kerja mengusha.  Nampaknya dia jalan kearah aku. Cara jalan je dah buat aku tertarik. Macam model iklan gitu. Bukan main teruja dan  berdebar-debar hatiku. ( Bajet macam dia nak datang ngorat aku je) . Tiba- tiba....

Oppss... dia buat-buat betulkan shades dia tuh. Dalam hati aku cakap apa, ‘’ ala saja la tu, nak cover  malu. Bukan aku  tak nampak kau nak terpeleo’t kat depan aku tadi.. hahahaha”. Tapi disebabkan  sifat kewanitaan aku melebihi sifat kelakian aku ni, aku pun dengan keayuan ala ala gadis melayu menundukkan pandangan.  Bukan apa, aku teringat ustazah aku pesan menundukkan pandangan tu lebih suci bagi kamu.
Okey. Habis sudah cerita di atas. Tapi cerita tu tiada kaitan dengan apa yang aku nak cakap  dalam entry kali ni.

 Kenapa lelaki sekarang  tak gentleman :




1 ‘ cwootttttt....cwootttttt....cwotttttttttt’’ ..


Kauorang selalu tak dengar bunyi ni bila para gadis lalu depan budak-budak lelaki?  Bunyi apa   kau tanya? Bunyi cencurut la. Okey, sila abaikan ejaannya dan anggap la ia sebagai bunyi Cik Cen ye. Aku memang tak suka dengar bunyi ni. Lepas diaorang beraksi seperti cencurut di tepi jalan, siap boleh cakap lagi macam ini bila tak dihiraukan.  “  sombongnya awak ni! ‘’.   Sedap benar mulut diaorang . Mana lah aku perasan, aku ingat cencurut mana. FYI  bunyi itu menakutkan OK! Lain kali, kalau nak ngorat guna la cara lain yang lebih proper. Contohnya, bagi salam. Kan lebih afdhal. Tak gitu kak Limah?

2.   ‘’vroomm vroomm....’’

 Aku memang tak suka kalau tengah tengah jalan tiba-tiba ada penunggang motosikal yang  bajet motosikal dia besar sangat sampai tak muat nak lalu kat jalan raya tu.  Siap Vroomm Vroomm kat tepi aku. Tak payah la nak bagitau aku yang kau ada motosikal, aku jalan kaki je. Itu riak namanya.Kalau motosikal kau berkuasa tinggi takpa la juga nak buat gitu. Tak pon kalau aku block laluan kauorang, cakap la, tumpang lalu sikit. Kan lebih sopan dan beradab. Ni kalau kau buat vroomm vroom tu, kau menyebabkan banyak asap keluar . Aku bukannya apa, aku tak suka bila orang lalu sebelah aku, orang cakap bau asap disebabkan pebuatan kauorang.

3.  Missed calls.

Please la . Missed calls  bukan cara terbaik untuk ngorat para gadis. Kauorang ingat para gadis  akan layan. Tak adanya diaorang rajin nak tanya balik “ sapa nih? ‘’.  Kalau ada  hanya segelintir ye.Itu mereka yang suka melayan. Tapi aku rasa para gadis sekarang semuanya terpelajar dan tak kisah dengan gangguan-gangguan seperti itu. Jawapan selalu yang  lelaki tak gentleman ni akan kasi ialah ‘’ salah nombor ”, ‘’ I kawan U masa kecik-kecik dulu. Kita kan pernah main guli sama-sama. Ingat  tak ?’’  ataupun ‘’ I tekan je. Tak sangka dapat no U. Anyway, boleh kita berkenalan?’’. Hahaha. Tolong la. Kami gadis-gadis ayu tak layan semua itu.  Kalau kauorang berani, meh la sini.  Cakap depan-depan ahh.‘’Aku suka kau. Jom kita kawen?’’



p.s. Para lelaki, tolonglah  jadi gentleman sikit! Boleh?