Dikejar keranda terbang

Assalamualaikum
Hai U'olls!

Ini cerita berdasarkan pengalaman kakak aku masa dia kerja shif  malam. Dia bertugas sebagai seorang jururawat di sebuah hospital dekat area Selangor. Masa itu kebetulan dia kerja shif malam. Kakak aku cakap, kalau shif malam je, mesti ada orang ajak dia bergurau senda.Orang? hmm.. orang kat sini bukan manusia. Tapi , karib kerabat shaiton nirrajim.

Al-kisah, satu malam ni. Kebetulan kat wad tempat dia bertugas tu tak ramai pesakit, jadi malam tu  bila semua pesakit dah tido, dia pun masuk la kat bilik staff. Nak rehat kejap. Dapat lelap seminit dua pun jadi la. Dia pun mula membaluti tubuhnya dengan sehelai kain selimut putih sebab bilik staff tu berhawa dingin. Sejuk pula nantinya kalau tak pakai shelimut. Baru je dia nak lena, dia rasa ada orang tarik selimut dia. Dia celik mata kejap, tengok kat bawah meja  manalah tau kawan-kawan dia saja nak usik. Hmm, tak ada sesiapa kat bawah tu. Dia pun selimut balik kaki dia. Lama pulak lepas tu, kena tarik lagi. Benda tu tarik, dia tarik balik. Benda tu tarik, dia tarik balik.Dah macam main tarik tali dengan itu benda.Last-last, kakak aku buat tak tau aje la dan sambung tido balik. Tak lama lepas tu, ada lagi shaiton nirrajim ni. Itu benda  main kasar pula. Boleh siap main geletek-geletek kaki orang lagi. Kakak aku pun memang panas la masa tu. Geram pun ada. Hilang dah takut ke apa. Peduli la sama shaiton nirrajim tu. Main garu-garu kaki orang segala. Dia pun alih kaki dia naik atas meja. Esoknya, bila dah habis shif malam, dia cerita la kat kawan-kawan dia, rupa-rupanya memang orang shif malam selalu kena geletek kalau  tido kat situ. Tapi, diaorang malas nak gebang sebab tak nak besar-besarkan hal. Senyap-senyap sudah. Bila dah selalu kerja malam, lama-lama  jadi lali dengan gangguan benda tu. Bila benda tu ajak main tarik-tarik, layankan ajalah. huh!



Hihihihihihihihihihihihihihihihihhihi..........

Masih lagi cerita shif malam, benda ni jadi dekat wad lain. Tapi cerita dia tersebar sampai wad kakak aku sebab nurse tu lari datang kat tempat dia. Masa tu, nurse yang sorang ni baru balik dari tandas. Masa lalu  berhampiran  tingkap besar dekat laluan nak masuk  wad tu, dia nampak macam ada benda terapung betul-betul kat tingkap tu. Dia pun macam tersentap juga la, apa kejadahnya  benda  terapung malam-malam buta ni. Nurse tu pun genyeh-genyeh mata dia sekali dua, takut salah tengok ke apa. Bila dia tengok betul-betul, omak aii! Benda itu adalah sebuah keranda. Keranda terbang!. Mula-mula dengar cerita yang macam ini, nak tergelak pun ada. Iye la, mana datang keranda tu. Dah lah wad dia kat tingkat atas. Rajin pulak keranda tu nak terbang jauh-jauh malam-malam buta gini. Memang masa tu, nurse tu memang cuak habis la. Rasa nak terkucil dekat situ.Dia lari, tapi setiap kali dia lalu kat dinding yang ada tingkap, dia nampak seolah-olah keranda tu kejar dia. Abih tu, dia apa lagi, cepat-cepat lari pergi kat wad kakak aku. Memang kakak aku cakap muka nurse tu pucat lesi. Takut sangat agaknya. Kakak aku yang tak kena kejar tu pun, meremang bula roma. Dah la tengah-tengah malam kat hospital seram. Bukan suasana je, bahkan sampai bau udara kat situ pun seram.Lepas kejadian itu,  bila makhluk shaiton nurrajim tu usik , semua orang senyap je. Semua orang baca lah ayat-ayat yang patut.Takut kalau dicerita, lagi menjadi-jadi gangguannya. Ye la, diaorang nanti bajet yang umat manusia suka gila kat diaorang sebab selalu bercerita pasal mereka. 

p.s. Teman ghase la, deme tu bukannya apa, saja nak berkawan la tuh. Dah kawan-kawannye ramei udoh terbakor agaknye. Sebab itu ler, tiade lagi teman nak bergurau senda. Udoh itu, dicarinya umat manusie. Idok ke sengal namanye, sekali manusie tu baca ayat-ayat suci, terbakor la kome jawabnye. Adoila~


5 comments:

  1. tak boleh blah la cita antu nih...
    seronok jugak klo buleh terbang naik keranda tuh...
    bg aku alamat ospital tuh!

    ReplyDelete
  2. haha. memang seronok kalau boleh terbang. Tapi kalau tiba-tiba masuk keranda tu terkunci tak bukak2 parah jugak..

    ReplyDelete
  3. sgt menyeramkan...perhhhh...kalo mina mau pitam....nurse mmg slalu kena kacau ka...

    fuuhh...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete