Masa muda remaja ^_^


Malam ni aku tak boleh nak tido pulak dah. Kemain lagi, kalau minggu exam tu pukul  9.30 malam dah mengantuk. Siap tersengguk-sengguk lagi. Kalau baca nota ngantok sokmo, kalau main game zombies vs plants, main ‘mukabuku’ segar pulak biji mata ni.

Memandangkan tamat sudah sesi pembelajaran secara formal selama 16 tahun, aku bercadang untuk berehat sebentar dengan memberi fokus kepada rancangan masa hadapan. Haha. Bila direnung kembali, teringat masa jaman kecik-kecik dulu. Kalau dulu, masa jaman hingusan aku suka benau main pasir. Entah apa ada kat pasir tu pun aku tak tau. Aku ngan jiran-jiran aku siap main masak-masak dengan pasir tu. Konon-konon tu tepung la. Masa tu kuman bakteria pun aku tak kenal. Cedok pasir pun guna tangan je. Pastu balut dalam daun. Konon-konon jual nasi lemak lettew.. Disebabkan kerap sangat main pasir, nyaris-nyaris jari aku nak kena potong sebab ada ketumbuhan. Sejak peristiwa itu, tidak lagi aku bermain pasir.huhu

Bila dah gi sekolah tadika, aku dah cerdik sikit. Tak main la pasir-pasir ni. Kotor la, eww.. Aku mula main anak patung. Nak beli barbie mahal sangat. Jadi lepas habis sekolah petang sementara nak tunggu pak cik bas datang, aku pun gi kedai depan sekolah tu beli anak patung kertas (aku dulu panggil anak-kan). Main la sampai terkoyak-koyak benda tu. Bila dah tak musim, aku pon buang je la benda tu. Masa naik darjah 4 ke 5 entah tak hengat pulak. Masa tu musim main tepuk kad. Siap lawan ngan budak laki lagi. Sebelum aku gi sekolah, aku dah berguru siap-siap ngan abang aku. Haha. Bila sampai sekolah memang budak laki bungkus la. Siapa yang tepuk ala-ala tepuk nyamuk tu memang kena goreng la. Habis kad dorang aku sapu. Padan muka! Jangan pandang aku sebelah mata okey! Kalau sekolah petang biasanya aku datang awal sikit. Sementara tunggu bebudak sekolak pagi balik, kitorang pun main tiang. Sorang akan jadi monyet kat tengah tu. Siapa yang tak dapat cop tiang masa pertukaran tempat, memang dia pulak la yang akan jadi. Kalau waktu PJK ( Pend. Jasmani kesihatan) kalau malas nak sukan, budak perempuan suka sangat kalau dapat main kejar-kejar tak pun main AEIOU stop! Siapa ketawa dia kalah dan kena jadi pengacau pulak.


ni la tempat main cop tiang tu

Tu bab main kat sekolah, part makan aku suka nau beli keropok jagung yang 20 sen satu kat babu roti tak pun keropok yang panjang-panjang dalam bungkus warna merah tu. Siap salut cokelat lagi. Pastu beli gula-gula panjang yang kat hujung dia ada cincin tu (memang banyak koleksi cincin aku dengan batu permata palsu pelbagai warna). Lagi satu gula-gula feveret aku ialah gula-gula madu yang kat tengah dia ada asam tu. Sekarang ni payah nak jumpa. Lagipon dah besar gini dah tau tak elok makan benda-benda gitu. Tak berkhasiat dan baguih untuk otak. Haha.. Yo oo je aku ni. Padahal payah nak jumpa.



ingat tak keropok ni?


Aku teringat pulak masa sekolah rendah dulu, masa darjah tiga kitorang diwajibkan untuk hafal sifir 1-9 dan setiap orang kena tulis sifir kat papan hitam. Bila nak balik cikgu padam dan suruh semua berdiri ateh kerusi dan dia akan soal. Siapa tak dapat jawab tak boleh balik. Memang aku suka nau nak balik awal. Jadi setiap malam aku akan baca sifir tu berulang kali.  Sama jugak tang doa qunut. Aku dulu kalau solat masa kecik-kecik letak buku depan tempat sujud . Bila tang doa qunut aku pun jeling-jeling tengok buku. Malas pulak nak hafal panjang-panjang. Hahaha. Tapi bila suatu hari ni, ustazah cakap dia nak soal doa qunut.Siapa tak dapat baca kena diri atas kerusi. Aku memang cuak la. Malu la kalau kena diri atas kerusi. Balik rumah menangis-nangis aku paksa diri hafal. Tanpa aku sedari,  kerelaan dalam keterpaksaan tu la yang menjadikan aku dapat hafal dengan baik.

Kalau bab aktiviti, aku bekas penari kebudayan kat sekolah, macam usop wilcha. Kehkeh. Sole sole sole~ Siap wakil sekolah pertandingan menari lagi,wakil pantun, penyanyi boria, pembaca sajak dan peserta nasyid. Hihi. Dulu jaman-jaman tak malu, semua aktiviti aku nak sapu. Gila glamor la katakan. Hahaha. Serius rindu zaman dulu-dulu, bergelak ketawa tak hengat dunia, usik kawan-kawan (kesian kat kawan aku yang jadi bahan tu), ponteng prep- aku siap sapu minyak cap kapak kat bawah mata nak suruh nampak macam orang sakit dan paling seronok sekali bila berpesta meggi kat hostel. Konon nak stay-up,  hampeh semua bawak megi (megi ruski tom yam menjadi pilihan kami) dengan mug nescafe dengan bancuhan nescafe rich dengan air 2:1. Bayangkan betapa gila-nya kitorang  dengan rakus merosakkan badan (1st time aku cuba pedih hidung. Tak tau le kenapa). Kalau dah dengan megi tu, konpem la kitorang tak study. Bergossip ler jawabnya.

Sekarang bila aku dah besar serius rindu zaman dahulu kala. Huhu. Aku percaya korang semua pun camtu kan. Betul tak? Betul tak?

p.s. Sori ye aku buat karangan kali ni~

Tips Penjagaan Baby

Assalamualaikum.

Ehem ehem (sambil membetulkan anak tekak). Rasanya dah lama tak singgah kat sini. Hilang sudah kekacakan. hihi. Maap la, sibuk sangat meniti hari-hari terakhir. After this, NO MORE classes, lectures, assignments, tutorials, and opkos exams. ye ye ye (sambil lompat bintang) haha..

Dek kerana ketiadaan idea untuk menuleh disebabkan kepenatan memerah otak dan mencurahkan ilham dalam penulisan jawapan kertas peperiksaan, awok ghase ini ajelah yang dapat awok nuleh untuk entri kali ini. 

NOTE : Tajuk entri ni tiada kaitan dengan apa yang ada kat bawah ni ye.Entri ini sesuai sangat untuk sesiapa yang dah ada baby, bakal atau nak buat persediaan awal (ilmu keibubapaan ). . hehehe :D

Tips Penjagaan Baby ~ PART I













~ Renung-renungkan dan selamat beramal~

di mana gadis 'kacak'??

salam wahai sekalian gadis-gadis yang 'kacak' dan para 'lelakilembut' sekalian....

maaf atas kehilangan para gadis kacak dalam dunia blogging
terpaksa melupakan sekejap dunia blogging

sebab apa?

sebab kami sedang bizi dengan amanah yang perlu kami selesaikan
usai amanah dilaksanakan
insyaALLAH kami akan kembali..

maaf atas kehilangan kami.
*tu pun klu ada yg baca belog kami kan?*
kahkahakahkahhhh

kami akan kembali muncul lam dunia blogging tak lama lagi.

harap amanah yang diberikan akan dapat kami selesaikan dengan jayanya....

:)


bubye..bubye...

xoxo