Kalau dah berlanggar baru Lu reti erti penyesalan~

'' anak punai anak merbau, terbang turun buat sarang..air sungai pun berubah...ini pula hati orang.. mengapa dikenang~ ....'' wuwuwuwwu...

''pangggg!!!!''

satu tamparan hebat melekat kat kepala aku.. ceh... baru je nak feeling-feeling di hari raya ke-7. Dah la tahun ni takda kad raya. Jemputan open house pun takda.Tiba-tiba  tuanku puteri datang. Nak ajak keluar kata-nya..duhh.. baru je dapat ngapal lagu uji rashid ni. Ingat nak test suara sekali dua. Mana tau dapat masuk bintang klasik rtm. Buleh la berangan nak jadi  artis sekejap. Ecehhh...

Kitorang pun keluar la tepat jam 11.00 pagi dengan CheVivi. Mula-mula tuanku suruh drive gi post office kat AEON. Nak post barang dengan masuk duit ASB. Lama beratur nak dekat kul 12 baru selesai urusan. Cam biasa, tuanku suka wat plan mengejut. Ada ke nak dekat-dekat time orang keluar lunch dia ajak aku gi KL. Bayangkan kesibukan kota raya pada masa itu. Teringat pula kata-kata seorang Dr. gigi ni  '' your driving skills are not tested until you drive in KL''. Pergh! Ayat mamat gigi ni memang mencabar kekacakan gua la..

Aku dengan tekad ikut arahan tuanku dengan slogan '' mak ok jerrr..."..

Mula-mula kitorang lalu ikut AKLEH. Aku tanya la tuanku, dia cakap dia tau jalan dan exit mana satu. Dia confident cakap exit pertama. Aku pun redah je la. Sampai kat simpang lepas selekoh tu, aku dah syak ni salah jalan. Exit kat jalan ampang. Tak kena hon pulak banyak kali. Aku ni dah lah takut langgar lampu kuning. Tiba-tiba ada kereta gelojoh batu nak cepat pakai hon-hon bagai. Mentang-mentang la kau besar, kau nak eksen dengan aku.

Sampai je dekat ngan KLCC, jalan situ memang penuh kereta. Kiri kanan. Aku pulak dah salah follow bontot kereta depan. Dia bagi signal nak masuk kanan. Aku pun terpaksa la tunggu dia  cross jalan tu. Dua kali silap. Sampai la kali ketiga.. Baru je nak tekan minyak, tiba-tiba aku nampak satu pesona ungu yang dipandu oleh perempuan bertudung hana tajima. Dah la masuk jalan orang, tengah kereta banyak boleh pulak dia jalan laju-laju potong kereta depan dia. Memang masa tu kitorang punya distance dekat gila. Kalau aku tak brek confirm kereta kitorang dah jadi lumpuh sekerat badan.

Masa kereta aku ngan pesona tu selisih lepas dia memotong, aku perasan muka perempuan hana tajima tu cuak gila. Aku syak mesti jantung dia berdegup kencang macam nak tercabut. Pastu nak kaber line. Sengih-sengih dalam kereta. Ingat aku tak nampak ke?

Lain kali kalau nak drive kat KL sabar la sikit. Orang lain pun nak cepat jugak. Bukan kau seorang je. Jangan la suka-suka hati nak memotong dan masuk jalan orang tengah-tengah jalan jam. Nanti kalau dah bercium muka kereta dengan kereta lain, baru lu tau erti penyesalan. Kan tak pasal kena keluar duit di musim perayaan macam ni.

p/s: nasib baik cermin kereta tinted gelap. Jadi takde lah kau nampak yang aku dengan tuanku cuak gila. Dah la 1st time kitorang redah dengan kereta gi KL tanpa mendapat keizinan abam besar.. kekeke


No comments:

Post a Comment