Pages

Positif :D dan Negatif :(



Hello hello teman2 yang cantik n hensem2 sekalian..

Lama betol Lily tak menulis dalam blog ni kan? bukan apa, sibuk sket dengan segala macam tugasan, tesis, lab, presentation tesis dan exam lagi ha. Dan sekarang aku tengah praktikal. Hoyeah3.. Eleh Lily, bajet kau sorang ya busy?? Orang laen tak de keje la? Blah la.. okeh okeh okeh. Aku tau tu semua tak boleh dijadikan alasan pon. Sibuk macam mana pon, kalau aku pandai urus masa dengan baik, apa-apa keje pon boleh jalan. Oleh itu, dengan merendah diri aku nak mintak maaf la pada semua sebab dah abaikan blog ni sekian lama. Tak kira la korang baca tak blog ni, aku tetap nak mintak maaf jugak. Harap korang sudi maafkan. Huhu..

Okeh. Berbalik pada tajuk kat atas. Beberapa hari lepas, kawan aku mengadu pasal manusia-manusia yang fikiran sempit dan negatif. Luahan hati dia ni buat aku berfikir sejenak. Aku rasa aku boleh la share beberapa pengajaran yang aku rasa kita boleh jadikan panduan.

Aku nak tanya korang, pernah tak korang jumpa golongan-golongan yang selalu fikir negatif? Dan golongan-golongan yang selalu fikir positif? Golongan manusia yang mana korang lagi suka? Ala.. tak payah fikir lagi, aku tau mesti korang akan jawab golongan manusia yang sentiasa positif kan?? Well, aku pon camtu jugak. Bagi aku orang yang selalu fikir negatif ni sangatlah annoying. Yelah, cuba korang bayangkan. Kalau sometimes korang rasa baik hati. Nak buat sesuatu yang baik, tapi dirosakkan dengan tanggapan-tanggapan negatif manusia yang berfikiran sempit dan berhati busuk. Contoh la kan. Korang tolong orang dengan ikhlas. Yelah, sekali sekala nak jugak buat pahala kan. Tiba-tiba datanglah makhluk-makhluk yang salah anggap niat korang tu. Then, tak pasal-pasal tuduh korang dengan anggapan-anggapan yang tak elok. Kalau dia rasa sendiri then simpan je dalam hati hitam dia tu tak apalah juga. Ini dicanang-canang pulak kat orang-orang lain. *wah, sastera btol dicanang-canang.. hek2*. Standard ayat nak tunjuk suci besanya mula dengan perkataan camni.

"weh, aku bukan nak kata lah kan tapi aku rasa…’’

"wey, aku bukan nak mengutuk dia tapi korang tak rasa pelik ke….’’

"Aku dengar mamat tu bla bla bla.. Tapi aku tak tau lah btol ke tak. Aku cuma dengar dari mulut orang je.. Korang rasa camne?’’

Dan bila dah dicanang-canang camtu wajiblah ada yang percaya dan ada yang tak percaya kan. Kalau dah benda tu salah, tak ke jatuh fitnah namanya?? Dan akhirnya niat yang baik itu menyebabkan perselisihan faham berpunca daripada sikap suka jaga tepi kain orang dan lebih teruk lagi kalau orang yang berfikiran negatif tu adalah kawan kita sendiri yang kita nak tolong tu. Aduss…

Ada jugak jenis orang yang suka tilik status facebook, ym, blog dan sebagainya. Lepas tu bajet semua yang ditulis tu ditujukan pada dia. Maybe dia ingat tiap kali nak tulis status or shoutout tu mesti fikir pasal dia dulu agaknya. Pastu mulalah masam-masam muka. Suka sangat buat andaian sendiri. Pastu salah faham. Yang ni memang kawan-kawan aku selalu adukan kat aku. Kesian kot. Sampai ada yang cakap dengan aku nak delete je facebook, ym sebab takut status yang dorang tulis disalah faham lagi. Aish.. orang yang sangat perasan macam ni bagi aku sangat-sangatlah allergic. Apa salahnya kalau kita sentiasa fikir positif. Maybe dia maksudkan menda lain. Maybe dia saja nak bergurau senda. Maybe dia.. maybe dia.. Hah.. aku konpem hidup akan lebih tenteram dan aman dan bahagia. Mungkin yang menulis tu pon patut berhati-hati jugak. Sebab manusia ni berbeza-beza. Itu memang hakikat yang kita patut terimalah. Tapi kalau fikiran positif mesti takkan timbul masalah-masalah remeh camtu kan?

Fikiran negatif ni jugak boleh buat kita jadi penakut. Takut nak sambung belajar sebab rasa diri memang tak berguna. Takut nanti tak ada kawan. Takut nanti kena marah. Well, standard la tu kan. Nama pon kehidupan. Kalau nak duduk dalam zone selesa je alamatnya memang tak ke manalah engkau!! Angan-angan tinggi. Dah lebih tinggi daripada langit ke enam. Nak kereta besar. Nanti nak hidup mewah. Nak jadi orang yang berstatus tinggi. Nak jadi somebody. Tapi kalau setakat angan-angan tapi takut nak berusaha apalah gunanya kan. Ada jugak yang jadikan agama sebagai alasan. Ini semua dunia lah. Yang penting akhirat tu. Lebih baik kau duduk je kat kampung buat ibadat. Belajar tinggi-tinggi harta semua bukan boleh angkut masuk kubur pon. Saham dunia bukan boleh jadi saham akhirat pon. Amboi-amboi, sapa yang ajar ni? Memanglah harta tak boleh angkut masuk kubur. Memanglah ilmu agama ibadat tu penting tapi agama kita tak suruh kita abaikan dunia jugak. Mesti balance maa.. Dulu ada orang tegur aku sebab amik kos aliran sains. Duniawi katanya. Gaya macam menghina pulak. Memanglah korang hebat sebab amik kursus yang berkait dengan agama. YA!! Aku sangat respect pada korang tapi adakah aliran lain ni tak elok? Cuba korang bayangkan kalau dunia ni tak ada orang Islam yang jadi doktor, ahli kimia, jurutera, peguam, arkitek, usahawan. Macam mana orang bukan Islam nak respect pada orang-orang Islam kalau fikiran kita camtu? Kalau umat-umat Islam maju, berjaya dalam semua aspek, balance semua sekali, mesti dorang gerun nak pijak-pijak kita. Macam zaman-zaman kegemilangan Islam dulu. Tak adalah macam sekarang ni. Kita sepatutnya saling membimbing bukan saling menghina. Okeh, emo suda.. ngeh3..


Aku tak nafikan aku pon kadang-kadang negatif jugak terutama bila melibatkan certain-certain perkara. Manusia kan, bukannya sempurna. Tapi selalunya aku akan cuba jugaklah jadi positif. Sebab aku rasa dengan fikir secara positif, aku akan rasa hidup aku lebih ceria dan bermakna. So kawan-kawan, jom kita avoid daripada fikir perkara-perkara yang boleh buat hidup kita tak gembira. Dan salah satu daripada caranya ialah dengan berfikiran positif dan matang. Selamat mencuba.

p/s: sori entry aku kali ni agak serius. Maaf kalo buat korang rasa bosan. PEACE!!