' Tulang rusuk awak sakit tak? '

Assalamualaikum.

Hai U'olls!

Hari ahad haritu, aku dengan kawan-kawan aku cik Ew, Zz dengan Em-L sajelah pergi jalan-jalan keluar. Ala, girl's day out konon-kononya. Kebetulan kami baru habis exam masa tu. Setelah penat bersengkang mata studi sampai lewat malam ( padahal aku stado je lebih). Biasalah, sistem pendidikan kat sini kan exam oriented. Memang kena skor la kalau nak selamat final nanti. Kalau gagal exam kecik cenggini, memang tinggal harapan je la nak dapat result flying colours.Terus terang aku bagi tau, kalau tak baca buku dan tak buat latih tubi memang jem la nak jawab exam haritu. Orang cakap soalan objektif boleh tembak kalau tak tau. Dalam ini kes, salah tembak memang sekali lalu jela. Alamatnya memang babai ! Okey, aku rasa tak payah la nak sembang lama -lama pasal pelajaran. Ada orang stress bila sebut pasal hal-hal pelajaran ni. Betul tak? 

Lepas habis exam tu, kitaorang pun pergilah 'Lembah Tengah'. Memang ramai la orang turun kat situ. Masa keluar tren, mata aku tiba-tiba je terlihat sesuatu. Masa tu, tak tau nak cakap apa. Aku nampak lelaki cantik lagi ayu. dengan cardigan hitam berbelang, lagi jarang. Badan dia memang cantik la, macam model dah aku tengok. Rambut dia, mak aih ! Perang siap berketak-ketak lagi. Tang muka aku tak nak la cakap banyak. Memang solekan dia cantik macam nurul shukor. Aku pun tak pandai nak bermake-up gitu. Kalau setakat pakai bedak debu , aku retilah la. huhuhu. Time tu aku nak je pergi kat sebelah dia cakap 

' awak nampak gojes macam ni. Tapi,  saya rasa awak lebih kacak dalam versi lelaki'. 

Tapi, aku tak berani. Dalam hati, macam-macam ada. Harap- harap dia berubah la nanti. Sebab dia memang secara semula jadi lelaki. Tapi sayang, dibiarkannya naluri wanita mendominasi. Haila, macam-macam  gaya oarang-orang kita ya. Tak apa la. Lupakan ajelah lelaki ayu ni. 

Masuk je dalam, kami pun cari port untuk mengisi perut. Lapar sangat ni. Banyak tenaga digunakan untuk menjawab soalan exam tadi. Lepas makan, kenyang perut suka hati dan kami pun jalan lagi. Aku pun ajak la kawan-kawan aku gi mph. Nak cari buku sikit. Lepas setengah jam, kami berkumpul balik. Tapi sorang hilang. Tak tau gi mana. Aku pun call la dia,


 Aku : You ada kat mana?
Miss Zz: I kat tengah, dekat dengan kolam air tu. Belakang almari.
Aku : Okey. I pergi situ. Tunggu tau. ( Letak telefon)

Cari punya cari. Tiba-tiba aku nampak dari jauh kawan aku ni duduk gelak sorang-sorang baca komik tanpa menghiraukan kawasan sekelilingnya. Yang paling ketara kat situ, ada seorang jejaka. Muka baik je. Dengan kaca mata berbingkai hitam (old school). Rambut gaya remaja biasa. Aku rasa umur dia lebih kurang ataupun sebaya. Aku pun lalu kat situ. Dia toleh jap, dup. dap.dup dap. Tak sengaja aku terpandang dia. Mata kami bertentangan.Hek eleh! tak sampai lima saat pun. Asal aku yang gelabah lebih,dia nampak cool je dengan sedikit malu-malu.

Alolo, comelnya. Maksud aku bukan dia yang comel, gambar kucing dalam buku yang dia pengang tu. Omaigod! Dia pencinta kucing rupanya. Aku nampak dia pegang buku 'kitten'. Khusyu' je dia baca. Kawan aku cakap, lelaki suka kucing ni penyayang. Memang ciri lelaki idaman la. ecece.



macam ini comel tak?

Yang aku pelik, masa lalu dekat dengan dia aku rasa berdebar. Adakah dia juga begitu? Aku pernah terbaca kat fomspring seseorang, 'Kalau seorang lelaki tu rasa sakit kat tulang rusuk dia bila lalu tepi  seorang perempuan, maknanya perempuan tu jodoh dia. Sebab perempuan kan dijadikan dari tulang rusuk lelaki'. Okey, ini fakta ke auta?

Masa tu nak je aku berhenti kat dia dan tanya,

" Tulang rusuk awak sakit tak sekarang?'' - motif??? 
( memang sengal la kalau aku tanya soalan ni kat dia masa itu. hahah)


8 comments:

  1. ooo..y tu kew..i pown prasan ad mamat muka bley thn kat ctu..tp pndg skali lau jew..yela..ustazah pesan tundukkan pndangan kan..hahahaha..

    ReplyDelete
  2. awak....tulang rusuk awak sakit ke?hahhaaaa:P

    ReplyDelete
  3. tulang rusuk die ngah mngiaw tu bb

    ReplyDelete
  4. alamak . tulang rusuk myra pulak tibe-tibe terasa sakit. :P muehehe ..

    ReplyDelete
  5. @ myra
    bahaya tu.. kene jumpe Dr.cepat.. haha

    ReplyDelete
  6. ehhh...yeke?ni nak kena tanya mat ni...hehehehe

    ReplyDelete
  7. hahaa. fakta ke auta nie ? tp comel je nk tnya mcm tue. tu boleh jd soalan wajib before kawen kan. hahahaaa

    ReplyDelete