OooEmmGee! neneK pun dah ada FB!

Assalamualaikum.

Hai U'olls!

Ohoho. Siapa yang dah ada FB tu? What??? Nenek  kita ? OooEmmGee!!!!!!!!!!!!

Cerita nya cenggini. Haritu aku ada dengar radio 'Terbang FM' Kebetulan pagi tu tajuk sembang diaorang   ' Parents and Technology'. Aku pun apa lagi, kuatkan sikit volume sebab tajuknya agak menarik. Padahal dah pakai  fon telinga siap. Boleh pulak tak berapa dengar. Check volume, dah setengah aku naikkan. Nak buat macam mana,umur dah tak berapa nak remaja. Sebab tu la ada masalah sikit. ( aku pekak ke heh?). DJ ' Terbang FM ' tu pun mulakan intro bla bla bla. Dia gi bukak cerita pasal mak dia yang beli I-pong tapi tak tahu nak guna.Pasal orang tua  yang ada telefon canggih, tapi reti guna untuk hantar mesej, angkat dan letak telefon. Sayang seribu kali sayang Tak lama lepas tu, ada sorang caller perempuan dari Selangor kalau tak silap. Nama dia apa entah, tak ingat. Erm.. Kata la nama dia  Maria Kari a.k.a Em-K. Dia pun mula la kan cerita nya,


Em-K : Dulu my ex-boyfriend kerja sebagai computer engineer. Then, satu hari dia datang rumah I sebab nak tengok laptop I  yang ada masalah tu. Lepas dia dah godek-godek benda  itu, dia pun cakap tak da apa-apa. Cuma kena format semula aje.

DJ: So, wat hapen next?

Em-K: Lepas tu mak I pun datang, dia tengok laptop tu. 

Mak:  Jejai ( nama bf Em-K tu), aunty nak tanya sikit. Ada tak laptop yang zum zum.

Jejai: Zum zum? Webcam ke aunty?

Mak: Ala. Yang zum zum tu.

Jejai : Webcam ke aunty ? ( dengan muka pelik) . kalau webcam tak boleh zoom macam camera biasa tu.

Mak: Bukan la.  Zum zum zum zum ( sambil buat gaya tangan ke depan- gaya nak tunjuk sesuatu yang bergerak dengan laju like a G6- tahu pulak mak dia G6).

Em-K: Hahaha. Ingatkan apa la. Rupa-rupanya mak I nak tanya ada tak laptop yang laju sikit. But, dia tak tau nak cakap macam mana. Yang biasa dia guna untuk benda-benda laju ialah zum zum zum zum.

DJ: Ahahaha.. zum zum zum. tenkiu Em-k for calling us dan kongsi cerita dengan kami. (putus)

Next Caller pula cerita pasal nenek urban. Fuyoo! dengar urban je mesti nenek dia ni nenek moden atau muda lagi umurnya. Aku pun mula menumpukan sepenuh perhatian.

 C: Haritu masa bukak fb, I nampak ada satu friend request. I pun tengok la siapa. Nama dia LadyZaaz. 

DJ: Wow! ladyzazz?Nama nak market jah. Macam  zaaz melodi pun ada. haha.

C : LZ ni tak share pula profilenya. I don't have any idea who is she. So, I pun mesej la dia tanya, '  Hai
 Lz, kita kenal ke? 'Tq.  2 minit lepas tu dia reply, ' Ini nenek la. Cepat la approve!'. Masa  tu memang tekejut monyet depan screen laptop tu. Nenek ada akaun FB? Takutnyaaaaaa.... Lepas pada tu, I asyik dapat notifications LZ mengkomen gambar-gambar yang I upload. Yang paling tak tahan nya. Boleh pula dia add bf I. Oh no.. dia sangat menakutkan. Even my kawan pun tak tau lelaki tu bf I. Macam mana nenek I boleh tau pula.

DJ: Ohoho.. Nenek you ni menakutkan la. Dia stalks your fb. Hahaha.

C: Lepas pada tu, I remove dia dari friend list. Maybe it looks like kejam. Tapi untuk keselamatan, I perlu buat itu.

DJ: Did your granny perasan tak yang you dah remove dia?

C: Perasan. So, bila dia tanya ' mana pergi fb you?  ' . I cakap dah deactivate account. hahaha

DJ : Hahaha..


Sorry ye opah. Opah sangat menakutkan

Actually, banyak lagi cerita. Tapi aku cerita dua ni je la dulu. Lepas pada tu aku terus tutup radio sebab nak gi kuliah. Dah lambat. Hikhik.

Kauorang rasa selamat tak kalau parents kita tau menggunakan teknologi masa kini sepenuhnya? 

p.s. Pengubahsuaian dan penggunaan perkataan/ayat -ayat tertentu dalam dialog di atas adalah bertujuan untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. kehkehkeh  =p

2 comments:

  1. hahaha....aduhhh..senak perut gelak...
    gile r nenek tu...siap pkai nick LadiZaaz lagi tu...hahaha....

    mina kalo dpt nenek terer teknologi ni mmg best la...

    aduhh....

    ReplyDelete
  2. @kurekure comel

    best la sangat.hahaha
    nanti habis semua kawan awak diadd-nya...

    ReplyDelete