Kau nampak lurus. Tapi sebenarnya kau...


Assalamualaikum.

Hai U’olls!

Kalau jumpa dengan budak-budak yang  seperti dibawah. Sila berhati-hati ya. Ini Cuma berdasarkan pemerhatian dan pengalaman  aku je la.

Ciri – ciri budak  nerd ( lelaki)

  • Berkaca mata.Cermin mata  style orang tua.
  • .Rambut memang takdak style. Rambut disikat belah tengah. Pakai minyak sampai berkilat rambut tu. Pastu disebabkan banyak sangat minyak yang dicurah atas kepala tu, rambut jadi penyek dan melekat atas tempurung kepala. Sebab tu kepala diaorang nampak macam besar.
  •  Pakai seluar senteng. Biasanya seluar slacks. Kalau pergi kelas,  pakai kemeja butang sampai atas dan pakai tie. Kalau pakai T-shirt baju lengan panjang berkolar.
  •  Pergi kelas pakai kasut. Tak pernah aku nampak diaorang pakat sandal.
  •  Nampak diam seolah-olah sedang berfikir sambil memerhatikan keadaan sekeliling ( tak tau apa yang diorang fikirkan sebenarnya)
  •  Buat benda semuanya laju. Jalan laju. Makan laju. Menulis laju. Berjoget pun laju-laju mungkin ini tipu. hahaha. Kalau dengar mp3 pasang kuat-kuat walhal pasang fon telinga. Pastu kepala terhangguk-hangguk  dan tangan goyang-goyang. Layan habis kot. Syok sendiri. Orang tengok pun nampak pelik..hahaha



cute ke? euww...


Dulu aku suka gak tengok budak –budak nerd ni.  Kadang-kadang dieorang nampak cute.  dengan kelakuan yang macam tu. Cute ke? Eww.. Aku ada gak sembang ngan sorang nerdy ni, dia memang pandai la dalam serba serbi. Otak memang tiptop. Kalau orang tanya ada je jawapan dia. Sampai satu tahap rasa nak lempang je . Ye ar semua dia nak bolot.Macam  la dia sorang je nak jawab. Orang lain pon nak jawab gak! Dalam hati aku, ‘’Aku memang jeles dengan kau sebenarnya’’. Huh..

Aku suka nak tau kalau dia ada minat kat siapa-siapa.Sebab dia pun manusia juga. Ada perasaan. Mesti  la pernah merasakan kehangetan perasaaan jatuh cinta . Betul tak? Menurut sumber-sumber  yang boleh dipercayai. Memang betul dia suka kat someone. Dan sampai sekarang tak dak siapa yang berjaya mengorek rahsia dia. Well, tak dapat disangkal lagi nerdy ni memang pandai simpan rahsia.

Aku selalu gak la layan sembang dia. Aku tanya dia suka buat apa. Dia memang suka gila main game. Dia cakap semua game dia main. PES, DOTA ( orang yang tak ada awek memang suka layan ini), sampaikan game lucah pun dia main. ( aku pun tak tau game lucah apa yang dia main. Nak tanya segan). Aku Cuma tau main game zombies vs plants. Dia cakap, ‘’ Ahh ..itu semua game pompuan’’.Masa dia cakap pasal game lucah tu, aku memang agak malu disitu. Start haritu aku macam kurang sikit nak tanya pasal personal  life dia. Kang dibantainya cerita benda-benda yang  tak sesuai untuk aku, tak ke malu.

Aku dah mula pikir macam-macam pasal dia. Aku tak nak la tuduh macam-macam kat orang pandai  baik macam dia. Tapi satu kejadian membuatkan aku memang percaya yang budak nerd ni  tak serba serbi  baik.  Memandangkan dia suka usung laptop dia kesana-kemari. Suatu hari kat kelas , dia sedang menunjukkan sesuatu pada kawan dia. Aku yang kebetulan duduk kat  belakang tu , jadilah  pengintai.  Apa benda la yang dia nak tunjuk kat member dia tu. Erm.. dia tunjuk assignment rupanya. Bagus !          (dalam hati aku) lepas diaorang selesai sesi sembang singkat. Dia pun kelik pangkah. Nak tutup file tu. Dan tiba-tiba..

Aku ternampak satu gambar kartun comel  gila! Rambut panjang mengurai!  Mata bulat bersinar-sinar lagi! Dengan costum ala-ala puteri kayangan! Tapi part bahagian atas tu uncovered. Memang  aku terkejut la. Background desktop dia gambar kartun tak pakai baju. Tapi berkain. Damn!

Sejak kejadian haritu kesukaan aku terhadap mereka dalam kategori ini agak meleset. Mungkin ini bukan hanya pada lelaki tapi juga yang perempuan. Disebabkan aku tak dak  pengalaman dengan perempuan      jadi aku tak leh nak cerita pasal diaorang. Uhuhu..


9 comments:

  1. nowadays trend pun dh more to nerd.
    ok what..hahaha

    ReplyDelete
  2. yang ini aku tak suka . ades ! tak sangka eyk .

    ReplyDelete
  3. @me is aku

    It's Okey kalau trend nerd tu jadi pilihan.
    Tapi kalau nerd yang sebenarnya makan dalam, takut woh!

    @ atiey_[azha]

    memang tak kusangka, dalam diam ada rahsia~ huhu

    ReplyDelete
  4. aku pun ade r gak dgr cite kwn2 aku psl kwn2 diaorg yg nerd.
    bdk2 nerd nih wallpaper dekstop gmbr pompuan oke.
    tanya pompuan mane, pompuan yang diaorg tk knl, search kt google.
    pelik oke.
    *ke aku sorg je yg rasa pelik??* =,=

    ReplyDelete
  5. @faradeeba

    aku pun rasa pelik juge ~

    ReplyDelete
  6. eh aah la orang nerd memang buat benda laju..haha

    ReplyDelete