Pages

lelaki,pad dan malu

whai si gadis kacak sekalian.


dah lama tak bersua muka kan? muka? no no no..bersua belog.ok? hehehe... dah lama tak tulis belog so otak pun mula membeku pada tahap yang maksimum. idea ade cuma otak yang dah berlaku proses pengoksidaan,mungkin. dah berlaku proses pengaratan. so idea-idea terkubur begitu sahaja. huhuhuuu


berbalik pada tajuk di atas.

si gadis dan pad?

pada si gadis sudah tentu lah anda tau apa itu pad. tak tahu? anda memang bukan gadis..hahaha..boleh camtu? pada si teruna, konpem lagi konprem lah tau apa itu pad. elehhh malu malu lak nak ngaku. nak muntau aku!!! lelaki kan lagi expert bab2 sal pmpuan nie..dpn jer tak nampak,knon inesen lah kan.pdhal blkang, sini sana duk sembang ngan kawan2 laki. duk umah gi cari majalah mak@kakak@adeq.sebab nak tau something. alaaahh skunk nie lagi lah kan, lagilah info di hujung jari. ko taip. ko klik. terus leh tau apa yang ko nak tau. ohhh ko taknak buat???? aku tak percaya!!!! boleh? hahhaaa

ok.pada yang sungguh2 inesen tue.

pad is equal to tuala wanita. pe menatang tue tuala wanita? punn xtau? ahhhh!!! malas aku jawab dah. korang google lah sendiri *haihhh asall aku emo sangat nie? hahahhaaaa:P

idea nie tercetus bila sorang kawan aku duk bercerita kat aku sal ayah dia dan pad. ayah dia pkai pad? hahahaa..oh no! bukan lah beb.. dia duk bercerita yang ayah dia yang belikan pad untuk dia. dan persoalan tercetus.


ayah sanggup membeli pad dan mungkinkah suami dia akan beli jugak pad kat dia?


hahahaa....ce citer wahai si teruna sekalian?
sanggup tak?

ade yang cakap geli lah ape lah. ade yang ok jer. geli konon! yang bini ko,awek ko pkai masa period tue..ape weyhh? bukan pad?
come on lah. pad is normal thing k..watpe nak malu2?hahaaa


ingat lagi dulu, pesan akak aku bila aku malu nak beli pad. yelah budak2 lagi kan
alahhh..nak malu buat apa. awek die,mak dia, bini dia pun pakai.hehee
ohh pesanan akak aku tue telah menjadi pedoman buat aku sampai skunk..korang ingat aku heran ahh pegang pad depan abg2 macho? gua tak heran lah beb!!! bis tue mak ko tak datang bulan ke weyhh? ovum sentiasa disenyawakan ke? kuang..kuang...kuangggg.......(korang jwb lah sendiri!) hehehee


so korang pikir lah sendiri wahai lelaki sekalian.

sanggup tak korang nak beli pad untuk wife korang?




till then...


Riang ria biskut raya

Indahnya sungguh diihari raya, ramainya orang bersuka ria.. mintak mak, kuih sepotong saya mahu makan kerna perut kosong... 
Kejap je rasa dah masuk minggu kedua puasa.. beberapa hari lagi masuk pulak minggu ketiga. Biasanya minggu-minggu ni orang dah mula cari baju raya, langsir raya, kasut raya, cadar raya dan yang mak mak suka sekali ialah membuat kueh raya.

Memandangkan udah lama sudah tidak meng'update'  gadis kacak, maka harini disebabkan mood aku yang terbantut nak wat kuih raya, aku pun beralih arah kepada dunia penulisan maya ni. Nak buek cam mano, dunio masakan tak sosuai dongan den. Namoyo buek biskut milo, abih-abih jadi biskut batu.. Apo pun tak boleh.. Sobs..


Al kisah disuatu pagi, aku ni beria-ia la menjengah pesbuk nengok-nengok sikit. Mana lah tau ada berita penting kan. Tiba-tiba ada sorang jejaka J ni, di update status 

Jejaka J :yeay dah siap biskut raya ! ( nada riang)
Kawan : Biskut raya apa? (nada ingin tau)
Jejaka J : Biskut milo...hihi

Wah wah wah (hatiku berbisik). Bagusnya jejaka J ni, pandai wat biskut raya. Aku syak mesti senang je nak buat ni. Aku pun dengan pantas mengoogle Biskut Milo. Beberapa saat kemudian keluar resepi biskut milo. Aku pun klik la situ. Memang mudah sangat resepinya. Tak payah susah-susah nak beli barang kat Giant, kat dapur  memang dah ada pun.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 paket milo
3 sudu susu pekat
1 sudu majerin.

Cara membuatnya:

kacau marjerin sampai kembang. Pastu masukkan susu dan kacau sebati. Tambahkan milo dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan tepung. Dah kacau sampai jadi doh. Buat la bulat-bulat ke, segi tiga ke, empat segi ke, octagon ke...suka hati asal ada rupa . Bakar sampai agak-agak dah masak. Jangan lama sangat takut hangus. Suhu oven lebih kurang 200. 

Maka aku dengan lurusnya mengikut satu persatu resepi tu. Aku tak buat pun bentuk cantik-cantik. Cukuplah gentel bulat-bulat, pastu penyekkan sikit guna sudu. Done! Aku pun bakar la. Selama beberapa minit. Kejap-kejap aku alih tray pembakar tu. Takut hangus sebelah bahagian.

TINGGGG!!!!!!

Yeay! dah masak (dengan muka teruja). Duduk rumah sorang-sorang muka teruja takpa. Tiada orang nampak. Nak lompak cam kangaroo kerana keseronokan berganda pun tak apa. Memandangkan aroma milo yang sedap dan menggoda , aku pun cepat-cepat angkat. Masa tu panas lagi. Okey, biar sejuk jap.
Lima minit lepas tu, aku pun angkat biskut milo tu. Bunyi lain macam je.Bunyi sesuatu yang keras berlaga dengan besi(tray). 

Pon! Pon! ... Alamak, mak balik. Mak aku masuk je rumah dia tanya buat apa. Aku cakap la buat biskut milo. Then, mak datang tengok. 

Mak: Asal nampak macam keras je (pelik)
Aku: Aah.. Bunyi macam batu .
Mak: Cuba patahkan
Aku: Jap.. ish tak boleh pun. Keras sangat ni...
Mak: cuba balik atas meja satu
Aku: (Baling).. tak pecah pun biskut tu. Kalau makan mau patah gigi orang.
Mak: Ni tak leh jadi ni. Meh sini biskut tadi. (sambil mengambil sebiji dan dibaling ke atas lantai dengan kuat)

biskut tu tak patah. pecah sikit pun tak. Retak jangan cakap la. Mak aku cakap, dah serupa batu dah ni. Dia cakap, cuba try baling kat dinding dengan sekuat hati

..........

Apa yang memeranjatkan, biskut tu hanya teserpih sedikit je. The rest  masih elok. Then mak tanya, resepi mana dapat ni? Aku pun dengan lajunya, laman sesawang. Mak aku tetap tak percaya, dia cakap mesti aku ada tinggal satu bahan atau salah salin resepi. 

Masalahnya, memang resepi orang tu bagi macam ni. Aku ikut je la. Biskut milo konon.. Padahal biskut batu.!

Ahh... malas dah nak buat kuih kalau cenggini. Baik kuih tunjuk je~

p/s: tak ada gambar sebab malu nak tunjuk gambar biskut batu  :p