Riang ria biskut raya

Indahnya sungguh diihari raya, ramainya orang bersuka ria.. mintak mak, kuih sepotong saya mahu makan kerna perut kosong... 
Kejap je rasa dah masuk minggu kedua puasa.. beberapa hari lagi masuk pulak minggu ketiga. Biasanya minggu-minggu ni orang dah mula cari baju raya, langsir raya, kasut raya, cadar raya dan yang mak mak suka sekali ialah membuat kueh raya.

Memandangkan udah lama sudah tidak meng'update'  gadis kacak, maka harini disebabkan mood aku yang terbantut nak wat kuih raya, aku pun beralih arah kepada dunia penulisan maya ni. Nak buek cam mano, dunio masakan tak sosuai dongan den. Namoyo buek biskut milo, abih-abih jadi biskut batu.. Apo pun tak boleh.. Sobs..


Al kisah disuatu pagi, aku ni beria-ia la menjengah pesbuk nengok-nengok sikit. Mana lah tau ada berita penting kan. Tiba-tiba ada sorang jejaka J ni, di update status 

Jejaka J :yeay dah siap biskut raya ! ( nada riang)
Kawan : Biskut raya apa? (nada ingin tau)
Jejaka J : Biskut milo...hihi

Wah wah wah (hatiku berbisik). Bagusnya jejaka J ni, pandai wat biskut raya. Aku syak mesti senang je nak buat ni. Aku pun dengan pantas mengoogle Biskut Milo. Beberapa saat kemudian keluar resepi biskut milo. Aku pun klik la situ. Memang mudah sangat resepinya. Tak payah susah-susah nak beli barang kat Giant, kat dapur  memang dah ada pun.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 paket milo
3 sudu susu pekat
1 sudu majerin.

Cara membuatnya:

kacau marjerin sampai kembang. Pastu masukkan susu dan kacau sebati. Tambahkan milo dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan tepung. Dah kacau sampai jadi doh. Buat la bulat-bulat ke, segi tiga ke, empat segi ke, octagon ke...suka hati asal ada rupa . Bakar sampai agak-agak dah masak. Jangan lama sangat takut hangus. Suhu oven lebih kurang 200. 

Maka aku dengan lurusnya mengikut satu persatu resepi tu. Aku tak buat pun bentuk cantik-cantik. Cukuplah gentel bulat-bulat, pastu penyekkan sikit guna sudu. Done! Aku pun bakar la. Selama beberapa minit. Kejap-kejap aku alih tray pembakar tu. Takut hangus sebelah bahagian.

TINGGGG!!!!!!

Yeay! dah masak (dengan muka teruja). Duduk rumah sorang-sorang muka teruja takpa. Tiada orang nampak. Nak lompak cam kangaroo kerana keseronokan berganda pun tak apa. Memandangkan aroma milo yang sedap dan menggoda , aku pun cepat-cepat angkat. Masa tu panas lagi. Okey, biar sejuk jap.
Lima minit lepas tu, aku pun angkat biskut milo tu. Bunyi lain macam je.Bunyi sesuatu yang keras berlaga dengan besi(tray). 

Pon! Pon! ... Alamak, mak balik. Mak aku masuk je rumah dia tanya buat apa. Aku cakap la buat biskut milo. Then, mak datang tengok. 

Mak: Asal nampak macam keras je (pelik)
Aku: Aah.. Bunyi macam batu .
Mak: Cuba patahkan
Aku: Jap.. ish tak boleh pun. Keras sangat ni...
Mak: cuba balik atas meja satu
Aku: (Baling).. tak pecah pun biskut tu. Kalau makan mau patah gigi orang.
Mak: Ni tak leh jadi ni. Meh sini biskut tadi. (sambil mengambil sebiji dan dibaling ke atas lantai dengan kuat)

biskut tu tak patah. pecah sikit pun tak. Retak jangan cakap la. Mak aku cakap, dah serupa batu dah ni. Dia cakap, cuba try baling kat dinding dengan sekuat hati

..........

Apa yang memeranjatkan, biskut tu hanya teserpih sedikit je. The rest  masih elok. Then mak tanya, resepi mana dapat ni? Aku pun dengan lajunya, laman sesawang. Mak aku tetap tak percaya, dia cakap mesti aku ada tinggal satu bahan atau salah salin resepi. 

Masalahnya, memang resepi orang tu bagi macam ni. Aku ikut je la. Biskut milo konon.. Padahal biskut batu.!

Ahh... malas dah nak buat kuih kalau cenggini. Baik kuih tunjuk je~

p/s: tak ada gambar sebab malu nak tunjuk gambar biskut batu  :p

2 comments:

  1. hahha..actually sy baru nk ikot resepi ni...seb baek x ikot...mula2 mcm pelik dh sbb dye guna marjerin 1 sudu jek...sbb tu la kot keras...pastu...milo la stu bungkus...milo mmg keras law bakar...adei/.....thnx ea

    ReplyDelete