Pages

Showing posts with label XX vs XY. Show all posts
Showing posts with label XX vs XY. Show all posts

' Tulang rusuk awak sakit tak? '

Assalamualaikum.

Hai U'olls!

Hari ahad haritu, aku dengan kawan-kawan aku cik Ew, Zz dengan Em-L sajelah pergi jalan-jalan keluar. Ala, girl's day out konon-kononya. Kebetulan kami baru habis exam masa tu. Setelah penat bersengkang mata studi sampai lewat malam ( padahal aku stado je lebih). Biasalah, sistem pendidikan kat sini kan exam oriented. Memang kena skor la kalau nak selamat final nanti. Kalau gagal exam kecik cenggini, memang tinggal harapan je la nak dapat result flying colours.Terus terang aku bagi tau, kalau tak baca buku dan tak buat latih tubi memang jem la nak jawab exam haritu. Orang cakap soalan objektif boleh tembak kalau tak tau. Dalam ini kes, salah tembak memang sekali lalu jela. Alamatnya memang babai ! Okey, aku rasa tak payah la nak sembang lama -lama pasal pelajaran. Ada orang stress bila sebut pasal hal-hal pelajaran ni. Betul tak? 

Lepas habis exam tu, kitaorang pun pergilah 'Lembah Tengah'. Memang ramai la orang turun kat situ. Masa keluar tren, mata aku tiba-tiba je terlihat sesuatu. Masa tu, tak tau nak cakap apa. Aku nampak lelaki cantik lagi ayu. dengan cardigan hitam berbelang, lagi jarang. Badan dia memang cantik la, macam model dah aku tengok. Rambut dia, mak aih ! Perang siap berketak-ketak lagi. Tang muka aku tak nak la cakap banyak. Memang solekan dia cantik macam nurul shukor. Aku pun tak pandai nak bermake-up gitu. Kalau setakat pakai bedak debu , aku retilah la. huhuhu. Time tu aku nak je pergi kat sebelah dia cakap 

' awak nampak gojes macam ni. Tapi,  saya rasa awak lebih kacak dalam versi lelaki'. 

Tapi, aku tak berani. Dalam hati, macam-macam ada. Harap- harap dia berubah la nanti. Sebab dia memang secara semula jadi lelaki. Tapi sayang, dibiarkannya naluri wanita mendominasi. Haila, macam-macam  gaya oarang-orang kita ya. Tak apa la. Lupakan ajelah lelaki ayu ni. 

Masuk je dalam, kami pun cari port untuk mengisi perut. Lapar sangat ni. Banyak tenaga digunakan untuk menjawab soalan exam tadi. Lepas makan, kenyang perut suka hati dan kami pun jalan lagi. Aku pun ajak la kawan-kawan aku gi mph. Nak cari buku sikit. Lepas setengah jam, kami berkumpul balik. Tapi sorang hilang. Tak tau gi mana. Aku pun call la dia,


 Aku : You ada kat mana?
Miss Zz: I kat tengah, dekat dengan kolam air tu. Belakang almari.
Aku : Okey. I pergi situ. Tunggu tau. ( Letak telefon)

Cari punya cari. Tiba-tiba aku nampak dari jauh kawan aku ni duduk gelak sorang-sorang baca komik tanpa menghiraukan kawasan sekelilingnya. Yang paling ketara kat situ, ada seorang jejaka. Muka baik je. Dengan kaca mata berbingkai hitam (old school). Rambut gaya remaja biasa. Aku rasa umur dia lebih kurang ataupun sebaya. Aku pun lalu kat situ. Dia toleh jap, dup. dap.dup dap. Tak sengaja aku terpandang dia. Mata kami bertentangan.Hek eleh! tak sampai lima saat pun. Asal aku yang gelabah lebih,dia nampak cool je dengan sedikit malu-malu.

Alolo, comelnya. Maksud aku bukan dia yang comel, gambar kucing dalam buku yang dia pengang tu. Omaigod! Dia pencinta kucing rupanya. Aku nampak dia pegang buku 'kitten'. Khusyu' je dia baca. Kawan aku cakap, lelaki suka kucing ni penyayang. Memang ciri lelaki idaman la. ecece.



macam ini comel tak?

Yang aku pelik, masa lalu dekat dengan dia aku rasa berdebar. Adakah dia juga begitu? Aku pernah terbaca kat fomspring seseorang, 'Kalau seorang lelaki tu rasa sakit kat tulang rusuk dia bila lalu tepi  seorang perempuan, maknanya perempuan tu jodoh dia. Sebab perempuan kan dijadikan dari tulang rusuk lelaki'. Okey, ini fakta ke auta?

Masa tu nak je aku berhenti kat dia dan tanya,

" Tulang rusuk awak sakit tak sekarang?'' - motif??? 
( memang sengal la kalau aku tanya soalan ni kat dia masa itu. hahah)


Part 1: XX vs XY , Siapa lebih gatal?

Hai U'olls.

Ahaa.. Tajuk post kali ni agak suam-suam kuku ye. Bab gatal- gatal semua orang pun boleh jadi sensitip. Kalau gatal badan boleh garu, kalau gatal tekak boleh makan cap ibu dan anak, kalau gatal kepala maknanya banyak kutu,sila pergi shampoo kepala you. Tapi, kalau gatal merenyam macam mana? Ooo Emm Gee! apa nak buat kalau U'olls jumpa dengan golongan GM.  Nate gapo GM tu? Ouh ye, lupa nak kasi tau. GM tu ialah gatal merenyam, bukan gila meroyan. I repeat, GM stand for gatal merenyam bukan gila meroyan. Semua orang dapat? Okey, good! Ehem..ehem..( tiba -tiba tekak  aku nak menggatal plak) .

XX vs XY siapa lebih gatal ? Seperti yang semua sedia maklum, para gadis mempunyai pasangan kromosom XX, sementara para jejaka mempunyai pasangan kromosom XY. Jangan tanya aku, jantan ayu pasangan kromosom nya apa sebab aku pun tak tahu. 

Part 1

Dulu aku pernah join chat kat laman sesawang  'KC'. Pastu, aku ada kenal dengan seorang jejaka yang berkhidmat dalam bidang professional. Lepas soal selidik semua, didapati beliau ini agak tebal poketnya.(aku bukan materialistik ok!. Saja je, manalah tau kot kot jodoh aku ngan dia. Nak kawen esok senang).Hahaha Kami pun bersembang la macam biasa, dari ASL sampai la ke family background sikit- sikit.Bab-bab family tak leh cerita banyak-banyak. Kang tiba-tiba dia berubah fikiran nak berkenalan dengan adik beradik aku yang lain, melepas lah. Kebetulan, esok tu aku ada kuliah. Jadi aku tak nak la chat lama-lama takut nanti ngantuk pulak  kat dalam kelas esok. Aku pun cakap la kat dia yang aku nak out dah. 

Beliau:  You ada fb tak? - Soalan tipikal kat chatroom. 
Aku   : Ada. Tapi, kasi  you punya dulu. Nanti I add. (nak pastikan yang beliau tidak memalsukan maklumat-maklumat yang diberitahu dalam KC - play safe ) haha..

Aku dengan pantasnya add.. Pergh! beliau tu boleh tahan kacak. Beberapa minit lepas tu dia approve. Then, tiba -tiba

Beliau : Mana gambar you? 
Aku    : Tak da gambar la ( FYI , gadis kacak tak suka tayang gambar ...haha)
Beliau : Ada YM tak ?
Aku    : Ada. Kasi ID you, nanti I add.
Beliau : Mistaengineer_**
Aku   :  Okey. Dah add.

BUZZ!!

Mistaengineer:  You, jom webcam nak?
   Aku :  Sorry la. I tak ada webcam.
Mistaengineer:  ...........................................

Terus senyap dowh! Kene reject ajak webcam. Haha..
See..  Dah tak dapat nak tengok gambar kat fb, ajak webcam bagai. Siapa yang gatal? aku ke dia?

p.s.  Part 2 akan menyusul~

Lelaki sekarang tak gentleman


‘’perghh..semat ahh mamat ni !’’ , bisik hati kecilku. Ecece..

Masa  tu aku duduk kat depan kedai fotostat, tunggu kawan aku turun dari tingkat 3. Dia cakap ada urusan kejap. Kebetulan kat depan kedai tu ada bangku. Sambil-sambil tunggu tu, aku pun menggunakan lah nikmat pancaindera yang ada ni untuk melihat keindahan alam semula jadi. Masa tengah melihat ke hadapan, aku nampak seorang mamat ni. Badan dah la tough, rambut ala ala maher zain, siap pakai shades lagi dan lengkap berpakaian serba hitam.  Memang tergugat la hati nurani aku. Haha.. Aku pun teruskan kerja mengusha.  Nampaknya dia jalan kearah aku. Cara jalan je dah buat aku tertarik. Macam model iklan gitu. Bukan main teruja dan  berdebar-debar hatiku. ( Bajet macam dia nak datang ngorat aku je) . Tiba- tiba....

Oppss... dia buat-buat betulkan shades dia tuh. Dalam hati aku cakap apa, ‘’ ala saja la tu, nak cover  malu. Bukan aku  tak nampak kau nak terpeleo’t kat depan aku tadi.. hahahaha”. Tapi disebabkan  sifat kewanitaan aku melebihi sifat kelakian aku ni, aku pun dengan keayuan ala ala gadis melayu menundukkan pandangan.  Bukan apa, aku teringat ustazah aku pesan menundukkan pandangan tu lebih suci bagi kamu.
Okey. Habis sudah cerita di atas. Tapi cerita tu tiada kaitan dengan apa yang aku nak cakap  dalam entry kali ni.

 Kenapa lelaki sekarang  tak gentleman :




1 ‘ cwootttttt....cwootttttt....cwotttttttttt’’ ..


Kauorang selalu tak dengar bunyi ni bila para gadis lalu depan budak-budak lelaki?  Bunyi apa   kau tanya? Bunyi cencurut la. Okey, sila abaikan ejaannya dan anggap la ia sebagai bunyi Cik Cen ye. Aku memang tak suka dengar bunyi ni. Lepas diaorang beraksi seperti cencurut di tepi jalan, siap boleh cakap lagi macam ini bila tak dihiraukan.  “  sombongnya awak ni! ‘’.   Sedap benar mulut diaorang . Mana lah aku perasan, aku ingat cencurut mana. FYI  bunyi itu menakutkan OK! Lain kali, kalau nak ngorat guna la cara lain yang lebih proper. Contohnya, bagi salam. Kan lebih afdhal. Tak gitu kak Limah?

2.   ‘’vroomm vroomm....’’

 Aku memang tak suka kalau tengah tengah jalan tiba-tiba ada penunggang motosikal yang  bajet motosikal dia besar sangat sampai tak muat nak lalu kat jalan raya tu.  Siap Vroomm Vroomm kat tepi aku. Tak payah la nak bagitau aku yang kau ada motosikal, aku jalan kaki je. Itu riak namanya.Kalau motosikal kau berkuasa tinggi takpa la juga nak buat gitu. Tak pon kalau aku block laluan kauorang, cakap la, tumpang lalu sikit. Kan lebih sopan dan beradab. Ni kalau kau buat vroomm vroom tu, kau menyebabkan banyak asap keluar . Aku bukannya apa, aku tak suka bila orang lalu sebelah aku, orang cakap bau asap disebabkan pebuatan kauorang.

3.  Missed calls.

Please la . Missed calls  bukan cara terbaik untuk ngorat para gadis. Kauorang ingat para gadis  akan layan. Tak adanya diaorang rajin nak tanya balik “ sapa nih? ‘’.  Kalau ada  hanya segelintir ye.Itu mereka yang suka melayan. Tapi aku rasa para gadis sekarang semuanya terpelajar dan tak kisah dengan gangguan-gangguan seperti itu. Jawapan selalu yang  lelaki tak gentleman ni akan kasi ialah ‘’ salah nombor ”, ‘’ I kawan U masa kecik-kecik dulu. Kita kan pernah main guli sama-sama. Ingat  tak ?’’  ataupun ‘’ I tekan je. Tak sangka dapat no U. Anyway, boleh kita berkenalan?’’. Hahaha. Tolong la. Kami gadis-gadis ayu tak layan semua itu.  Kalau kauorang berani, meh la sini.  Cakap depan-depan ahh.‘’Aku suka kau. Jom kita kawen?’’



p.s. Para lelaki, tolonglah  jadi gentleman sikit! Boleh?