Jejaka Idaman Jejaka Jambu????


Hola hola holaaa…

Ha..arini gadis kacak lily nak habaq 1 citer kat kome2 semua.. nak tau tak??? OMG tak nak?? Tak pe lah.. nak bagitau jugak. Zaman sekarang ni, para gadis-gadis semua kat dunia Malaysia ni tak kira la gadis kacak ke.. gadis comel ke..gadis hot ke..gadis lawa ke.. gadis meletOp ke..gadis ayu??? okok semua gadis-gadis semua memang ayu-ayu belaka. Itu memang tak dapat nak dinafikanlah. Tidak ketinggalan jugak gadis yang tak berapa nak gadis aka jantan ayu. Eh..jantan ayu je ke?? tidaklah, ada juga jantan yang tak ayu MINAT GILER citer korea. WOW!! Tapi arini tak nak la cerita pasal cerita korea. Just nak cerita pasal lelaki korea.



"Ala.. yang jambu-jambu tu.." Bak kata adik aku mewakili para jantan-jantan semua yang jeles sebab awek dorang lagi sayang kat LEE MIN HO daripada dorang. Hak hak hak..

So, sebagai gadis kacak yang memahami, nak cerita la kenapa agaknya hal ini terjadi ye? Kenapa para gadis lebih suka berangan kahwin dengan Kim Hyun Joong daripada Zizan Nin? Kenapa para gadis lebih suka mimpi tengah dating dengan Jang Geun Suk daripada mimpi dating dengan Farid Kamil? Kenapa ye? Jantan-jantan kat Malaysia ni kurang hensem ke? Kurang baik ke? Kurang kaya ke? Hm..


Kecomelan kemachoan kehenseman

Hey!! Yang ni memang tak dapat dinafikanlah. Gadis-gadis ni macam para lelaki la jugak. Ada yang minat yang jambu, ada juga yang minat yang ganas-ganas. Kepada yang tak kenal yang mana jambu, macho, hensem, meh gadis kacak terangkan.




lee min ho jambu

Kulit licin tak de jerawat, bersih, putih melepak pakai baju pink sambil buat aksi-aksi comel itu namanya jambu.


kim joon macho

Yang ni lak macho. Bagi aku la.. Nampak cam lelaki yang nampak lelaki. Hm?? Heheh. Dalam boys over flower, dia lakonkan watak Song Woo Bin. Memang macho habis la. Dia ni kira daripada famili yang cam gangster-gangster la..ala-ala mafia gitu. Ceh, nampak sangat ko minat dia ni kan?? :D


lee dong wook hensem

Hensem? okey, rasanya semua pon tau apa lelaki hensem tu macam mana kan?

'' Ala..plastic surgery je semua tu..''

Hahahahaha.. ye..aku tau mesti para jantan-jantan yang jeles tu nak cakap camni kan? Well.. minat tengok dorang bukannya nak kahwin ngan dia. So, perlu ke kisah dorang yang jambu, macho dan hensem ni buat plastic surgery or tak?? Paling-paling pon akan cakap

'' Dia hensem tapi buat plastic surgery la. Tapi siyes dia hensem.''

So.. apa ada hal kan. Cuci mata je pon. Artis-artis lelaki kat Malaysia boleh ke lawan kecomelan artis korea?? Boleh ke lawan ke henseman dan kemachoan dorang?? Mungkin. Faizal tahir boleh. Tapi tak ramai pon kan. Hehehe..



6 packs, talent, stylo mylo


choi siwon
6 packs tu ape????? Cez..buat innocence lak. Ala, macam durian tu. :D

Wahh..kenapa? tak percaya? jambu-jambu dorang pon ada jugak ketul-ketul ni. Dah la hensem, berketul-ketul lak tu. Pastu pandai lak menari.

OOOOOOMMMAIIGOD!!!!!!!!!!!!!

Lelaki kat sini ada ke camtu? Mungkin. Tapi tak ramai pon kan. Hehehe..



Cool Romantik Protected


Kalau korang perasan, dalam citer korea selalunya akan ada watak lelaki cool. Dingin tapi hot. Contohnya, Hwang Tae Kyung aka Jang Geun Suk dan dalam cerita You Are Beautiful. Para gadis ni sama la jugak dengan para lelaki. Tak suka yang mudah-mudah. Nak yang susah-susah tackle kan. Baru la adventure. Mula-mula watak dorang amatla annoying. Konon cool la sangat. Pastu ego tak bertempat. Layan heroin macam apa je. Then, bila hati dah terpaut, romantik sweet baik giler. Orang cakap yang susah dapat tu la berkualiti kan. Susah dahulu senang kemudian. Hik hik..

Dalam citer korea jugak, selalunya akan ada watak lelaki yang protected tapi tak mengongkong dan ala-ala abang gitu. Watak ni aku rasa ramai yang suka. Even tak dapat gadis yang dorang suka tapi still support dan tolong gadis tu. Aww.. sweet kan. Ini lah bezanya lelaki dalam citer korea dengan lelaki dalam citer Melayu.



Masak

Perhatikan dialog di bawah.

Citer Melayu 1:

'' Sayang, masak, basuh pinggan dan mengemas tu kerja orang perempuan. Abang sebagai lelaki mana boleh buat semua ni'' kata Rosyam kepada isterinya.

Citer Melayu 2:

''Eh, abang.. Abang masak ya pagi ni? Sedap la nasi goreng abang buat ni. Esok boleh la buat lagi ye?'' kata Nora Danish kepada suaminya.

" Sayang, abang lelaki tak boleh la masak selalu. Masak tu kan kerja perempuan. "

Okeh. Sekarang bandingkan dengan citer korea pulak.

Citer Korea 1:

'' Miho, kenapa dengan tangan miho?" tanya Cha Dae Woong kepada Gumiho.

'' Woong, tadi bersihkan pagar..huk huk'' balas Gumiho.

''Miho serigala ku.. lain kali tak payah la buat kerja tu lagi. Woong kan ada.''


macam blaja tatabahasa kat skolah pulak kan. HUA HUA HUA

See???? Beza kan? Kalau tak silap lah kerja memasak dan mengemas rumah tu dalam Islam bukan kewajipan seorang isteri tapi suami. Isteri cuma buat secara sukarela. Tapi masyarakat kita dah chop dari dulu kerja pompuan uruskan rumah. Maybe sebab dulu pompuan tak kerja. Duduk rumah je jadi apa salahnya buat kerja tu semua. Tapi zaman sekarang dah berubah kan? Gadis-gadis, pompuan-pompuan pon kerja jugak. Balik rumah nak rushing sebab nak masak lah, nak kemas rumah lah, nak basuh kain lah, nak buat air kopi suami lah. Lelaki buat apa? Ambil paper duk melongo depan tv sambil arah isteri buat air. Nasib nasib.. maybe tak semua. Tapi itu lah yang selalu dipaparkan kat citer Melayu. Gadis wajib pandai memasak. Lelaki tak wajib jadi imam?? Heyy!! Ok dah ter'emo'.



SWEET KANN????? ♥ ♥ ♥


OK OK OK.. aku tau ni semua hanyalah lakonan semata-mata. Rasanya susah nak cari lelaki-lelaki gentlemen cam dorang ni. Atau mungkin memang dah pupus kot. Oppss.. jangan marah. Maybe la korang akan cakap tak de nye dorang buat macam tu kat realiti. Ye ye ye. Aku tak cakap pon dorang buat macam tu. And aku tak cakap pon lelaki Melayu kalah ngan dorang kat dunia realiti ni. Ini hanyalah fantasi para-para gadis. Ya mungkin semua gadis lah. Siapa tak nak dapat lelaki yang hensem, macho, klakar. Pastu pandai lak menari, menyanyi caring giler, cool, buat kerja rumah, protected lagi kan. So, u oll tak boleh la nak salahkan gadis-gadis kalau dah terlampau minat kasih lagi sayang kat lelaki-lelaki korea ni ye. Apa kata kalau korang semua contohi watak lelaki dalam citer korea ni. Konpem ramai gadis yang cair ngan korang nanti. Kenapa? Tak percaya? Try la buat. Bak kata mak cik jiran sebelah rumah aku, tak buat tak tahu. Apa lagi? pegi la pinjam citer korea tu buat reference. Kata nak jadi lelaki idaman Malaya :D





PEACE NO WAR :)

Salam.. thanx..

9 comments:

  1. @ Fey Lee
    thanx fey lee.. :) singgah la selalu ye

    ReplyDelete
  2. alolo..suuwitt nye~
    I loike yang jambu noks! hahaha

    ReplyDelete
  3. @ Lefthanded
    i like y macho2 jew..xmen la jambu2 ni..hihihi..

    ReplyDelete
  4. Chagiya !! Kim Hyun Joong !! saranghae !!!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. @ Nurfarahana Abdul Aziz
    kim joon cua hae ♥♥♥

    ReplyDelete