Pages

Kentut Petanda Baik!


Assalamualaikum

Siapa sini pernah kentot angkat tangan? What? Cik Jah tak pernah kentut? Tak mungkin la. Semua orang pernah kentut kot. Kalau tak kentut tu maknanya tak lama lagi dah tu. Hahahaha

Kalau pagi-pagi aku masuk toilet kat hostel mesti aku dengar bunyi po’t po’t tu. Pastu bila dah terkentut-kentut,  mula la  dengar bunyi orang berdehem-dehem dengan kuatnya  untuk meng’cover’ bunyi kentut yang berdas-das  tu. Eh eh..apa euww euww? Macam la tak pernah buat! Okey la, sebenarnya post kali  ni bukanlah nak bercerita pasal orang kentut kat bilik air di pagi hari . Tapi nak bagi tahu kat U’olls semua, kentut tu petanda baik. Wow! Petanda baik? Fakta ke auta ni?

Tahukah anda apa itu kentut?

Kentut merupakan suatu proses melepaskan atau mengeluarkan gas melalui anus yang dijana di dalam salur penghadaman. Dalam budaya masyarakat timur, kentut  di khalayak ramai dikatakan  kurang sopan ya. Kalau sendawa ok jah. Kalau orang putih , terbalik pula. Kalau kentut tak apa, sendawa pula yang tak sopannya. Pelik-pelik. Kentut dengan sendawa mana lagi busuk?  U’olls pikir la sendiri!

FYI,  menyimpan kentut adalah satu perbuatan yang tidak sihat ye.Seperti yang telah diberitahu  tadi, Kentut merupakan gas yang ada kat dalam usus kita. Gas-gas ini datang dari udara yang kita telan semasa makan atau minum yang disebabkan  oleh proses penghadaman  yang tidak sempurna.Gas-gas ini kemudiannya akan bergerak bersama-sama tahi menuju ke rectum untuk proses penyingkiran.  Kedua-dua ini akan menimbulkan rasa tidak selesa   pada bahagian perut dan ulu hati jika tidak dilepaskan. Bunyi kentut  juga dikatakan suatu bunyi yang unik. Unik? Ouh.. pehlis la.~Ahaa.. meh aku bagi tau U’olls semua..  Bunyi kentut sangat bergantung kepada kandungan air dalam badan, lemak dalam badan, gerakan otot rectum kita                                dan juga kelajuan gas itu dilepaskan. Pergh!  Kentut pon nak ada velocity gak. Memang style la. Ahaks.. Maka di sini telah jelas menunjukkan  terdapatnya variasi dalam bunyi kentut kita semua . Sebab itu la bunyi kentut dikata unik! hehehe

Kenapa kentut tu Busuk?

Memang la busuk.Ada ke kentut yang wangi?Berdasarkan kajian yang dibuat, kentut yang busuk biasanya berpunca daripada sulfur-containing gas. Kalau tak percaya, cuba gi makan kuning telur banyak-banyak. Lagi-lagi telur rebus tu. Pastu cuba tengok sejauh mana tahap kebusukan kentut anda (Please try this at home) jangan buat depan orang ramai,  nanti jatuh saham anda. Lagi satu, bau-bau yang kurang enak itu juga disebabkan oleh bacteria yang hadir dalam tahi  yang tertahan  kat rectum tu .(Jangan tahan berak! nanti kentot busuk- sila ambil nota ya).


Apa yang akan jadi kalau kita tahan kentut?


Nak tahan boleh, nak lepas pun boleh. Aiman tak kesah.. Erm, kentut ni bukannya racun pun. Tak la sampai membawa maut atau kerosakan mental kalau tak nak buang.  Last-last  gas ni akan di releasekan jugak melalui pernafasan atau waktu kita tidur nanti. Cumanya kalau tak dikeluarkan cepat, takut-takut tak selesa perut.

Apa petanda baik tu?

Dari segi kesihatan, kentut menunjukkan kita mempunyai aktiviti usus yang baik. Sebab itu kalau ada orang yang kena bius semasa pembedahan, lepas pembedahan kena tunggu kentut dulu baru boleh makan dan minum. Tapi kan,  kalau seseorang tu selalu sangat kentut atau tak boleh kentut langsung beerti terdapat abnormalities dalam  salur pencernaan dia. (perut dan usus). 


p.s. So apa lagi, kalau rasa nak kentut, kentut ajelah. Tak payah nak tahan-tahan.  Kang tahan-tahan, lagi kuat bunyi dan baunye~ =P








6 comments:

  1. teringat dulu, kakkoii lepas operation, tiap kali doktor dtg, dia tanya...

    "dah kentut x?"

    "Doktor ni buang tebiat ke" <--dlm hati je la haha

    ReplyDelete
  2. hahaha! cerita pasal kentut, teringat sepupu aku yang kecik. katanya sib baik kentut ni bukan perkara yg membatalkan puasa. kalau idak, musti dlm perot busuk nak mampos untuk sebulan.

    Entri Terkini : Tahun 2020: Malaysia Takkan Menjadi Negara Maju

    ReplyDelete
  3. @ cik cleo

    Thanks :)

    @Kakkoii

    napa tak cakap je kat dr tu..hahaha

    @Antudegil

    hahaha

    ReplyDelete
  4. menarik. saya suka entry ni

    ReplyDelete
  5. @ srikandi cinta

    terima kasih :)

    ReplyDelete