p/s: nasib baik cermin kereta tinted gelap. Jadi takde lah kau nampak yang aku dengan tuanku cuak gila. Dah la 1st time kitorang redah dengan kereta gi KL tanpa mendapat keizinan abam besar.. kekeke
Kalau dah berlanggar baru Lu reti erti penyesalan~
p/s: nasib baik cermin kereta tinted gelap. Jadi takde lah kau nampak yang aku dengan tuanku cuak gila. Dah la 1st time kitorang redah dengan kereta gi KL tanpa mendapat keizinan abam besar.. kekeke
lelaki,pad dan malu
Riang ria biskut raya
Positif :D dan Negatif :(
Hello hello teman2 yang cantik n hensem2 sekalian..
Lama betol Lily tak menulis dalam blog ni kan? bukan apa, sibuk sket dengan segala macam tugasan, tesis, lab, presentation tesis dan exam lagi ha. Dan sekarang aku tengah praktikal. Hoyeah3.. Eleh Lily, bajet kau sorang ya busy?? Orang laen tak de keje la? Blah la.. okeh okeh okeh. Aku tau tu semua tak boleh dijadikan alasan pon. Sibuk macam mana pon, kalau aku pandai urus masa dengan baik, apa-apa keje pon boleh jalan. Oleh itu, dengan merendah diri aku nak mintak maaf la pada semua sebab dah abaikan blog ni sekian lama. Tak kira la korang baca tak blog ni, aku tetap nak mintak maaf jugak. Harap korang sudi maafkan. Huhu..
Okeh. Berbalik pada tajuk kat atas. Beberapa hari lepas, kawan aku mengadu pasal manusia-manusia yang fikiran sempit dan negatif. Luahan hati dia ni buat aku berfikir sejenak. Aku rasa aku boleh la share beberapa pengajaran yang aku rasa kita boleh jadikan panduan.
Aku nak tanya korang, pernah tak korang jumpa golongan-golongan yang selalu fikir negatif? Dan golongan-golongan yang selalu fikir positif? Golongan manusia yang mana korang lagi suka? Ala.. tak payah fikir lagi, aku tau mesti korang akan jawab golongan manusia yang sentiasa positif kan?? Well, aku pon camtu jugak. Bagi aku orang yang selalu fikir negatif ni sangatlah annoying. Yelah, cuba korang bayangkan. Kalau sometimes korang rasa baik hati. Nak buat sesuatu yang baik, tapi dirosakkan dengan tanggapan-tanggapan negatif manusia yang berfikiran sempit dan berhati busuk. Contoh la kan. Korang tolong orang dengan ikhlas. Yelah, sekali sekala nak jugak buat pahala kan. Tiba-tiba datanglah makhluk-makhluk yang salah anggap niat korang tu. Then, tak pasal-pasal tuduh korang dengan anggapan-anggapan yang tak elok. Kalau dia rasa sendiri then simpan je dalam hati hitam dia tu tak apalah juga. Ini dicanang-canang pulak kat orang-orang lain. *wah, sastera btol dicanang-canang.. hek2*. Standard ayat nak tunjuk suci besanya mula dengan perkataan camni.
"weh, aku bukan nak kata lah kan tapi aku rasa…’’
"wey, aku bukan nak mengutuk dia tapi korang tak rasa pelik ke….’’
"Aku dengar mamat tu bla bla bla.. Tapi aku tak tau lah btol ke tak. Aku cuma dengar dari mulut orang je.. Korang rasa camne?’’
Dan bila dah dicanang-canang camtu wajiblah ada yang percaya dan ada yang tak percaya kan. Kalau dah benda tu salah, tak ke jatuh fitnah namanya?? Dan akhirnya niat yang baik itu menyebabkan perselisihan faham berpunca daripada sikap suka jaga tepi kain orang dan lebih teruk lagi kalau orang yang berfikiran negatif tu adalah kawan kita sendiri yang kita nak tolong tu. Aduss…
Ada jugak jenis orang yang suka tilik status facebook, ym, blog dan sebagainya. Lepas tu bajet semua yang ditulis tu ditujukan pada dia. Maybe dia ingat tiap kali nak tulis status or shoutout tu mesti fikir pasal dia dulu agaknya. Pastu mulalah masam-masam muka. Suka sangat buat andaian sendiri. Pastu salah faham. Yang ni memang kawan-kawan aku selalu adukan kat aku. Kesian kot. Sampai ada yang cakap dengan aku nak delete je facebook, ym sebab takut status yang dorang tulis disalah faham lagi. Aish.. orang yang sangat perasan macam ni bagi aku sangat-sangatlah allergic. Apa salahnya kalau kita sentiasa fikir positif. Maybe dia maksudkan menda lain. Maybe dia saja nak bergurau senda. Maybe dia.. maybe dia.. Hah.. aku konpem hidup akan lebih tenteram dan aman dan bahagia. Mungkin yang menulis tu pon patut berhati-hati jugak. Sebab manusia ni berbeza-beza. Itu memang hakikat yang kita patut terimalah. Tapi kalau fikiran positif mesti takkan timbul masalah-masalah remeh camtu kan?
Fikiran negatif ni jugak boleh buat kita jadi penakut. Takut nak sambung belajar sebab rasa diri memang tak berguna. Takut nanti tak ada kawan. Takut nanti kena marah. Well, standard la tu kan. Nama pon kehidupan. Kalau nak duduk dalam zone selesa je alamatnya memang tak ke manalah engkau!! Angan-angan tinggi. Dah lebih tinggi daripada langit ke enam. Nak kereta besar. Nanti nak hidup mewah. Nak jadi orang yang berstatus tinggi. Nak jadi somebody. Tapi kalau setakat angan-angan tapi takut nak berusaha apalah gunanya kan. Ada jugak yang jadikan agama sebagai alasan. Ini semua dunia lah. Yang penting akhirat tu. Lebih baik kau duduk je kat kampung buat ibadat. Belajar tinggi-tinggi harta semua bukan boleh angkut masuk kubur pon. Saham dunia bukan boleh jadi saham akhirat pon. Amboi-amboi, sapa yang ajar ni? Memanglah harta tak boleh angkut masuk kubur. Memanglah ilmu agama ibadat tu penting tapi agama kita tak suruh kita abaikan dunia jugak. Mesti balance maa.. Dulu ada orang tegur aku sebab amik kos aliran sains. Duniawi katanya. Gaya macam menghina pulak. Memanglah korang hebat sebab amik kursus yang berkait dengan agama. YA!! Aku sangat respect pada korang tapi adakah aliran lain ni tak elok? Cuba korang bayangkan kalau dunia ni tak ada orang Islam yang jadi doktor, ahli kimia, jurutera, peguam, arkitek, usahawan. Macam mana orang bukan Islam nak respect pada orang-orang Islam kalau fikiran kita camtu? Kalau umat-umat Islam maju, berjaya dalam semua aspek, balance semua sekali, mesti dorang gerun nak pijak-pijak kita. Macam zaman-zaman kegemilangan Islam dulu. Tak adalah macam sekarang ni. Kita sepatutnya saling membimbing bukan saling menghina. Okeh, emo suda.. ngeh3..
Aku tak nafikan aku pon kadang-kadang negatif jugak terutama bila melibatkan certain-certain perkara. Manusia kan, bukannya sempurna. Tapi selalunya aku akan cuba jugaklah jadi positif. Sebab aku rasa dengan fikir secara positif, aku akan rasa hidup aku lebih ceria dan bermakna. So kawan-kawan, jom kita avoid daripada fikir perkara-perkara yang boleh buat hidup kita tak gembira. Dan salah satu daripada caranya ialah dengan berfikiran positif dan matang. Selamat mencuba.
p/s: sori entry aku kali ni agak serius. Maaf kalo buat korang rasa bosan. PEACE!!
Masa muda remaja ^_^


Tips Penjagaan Baby
di mana gadis 'kacak'??
5 Perkara Yang Akan Dibuat Bila Sukakan Seseorang
Hai U'olls!
Kalau kita suka kat seseorang apa yang kita akan buat?
Buat duit kah?
- sebab nak kawen dengan dia
Buat tak tau kah?
- malas nak fikir. nak fokus pada pelajaran ..ecece
Buat plastic surgery kah?
- biar nampak cantik menarik tertarik dan meletopppp gitu! Biar dia perasan kewujudan kita
Buat istikarah kah?
- mintak petunjuk. Betulkah dia ni teman hidupku. ( yang orang akan buat bila nak kawen. Kalau baru nak berjinak-jinak suka-sukaan, payah nak dengar orang buat- betul tak?)
Buat anak kah?
Perkara diatas hanya sampingan sahaja. Susah dan rumit. Tapi, bila kita sukakan seseorang kebiasaannya kita akan:
2. Pakai cantik
4. Cuba nak jadi macam dia.
Kau nampak lurus. Tapi sebenarnya kau...
- Berkaca mata.Cermin mata style orang tua.
- .Rambut memang takdak style. Rambut disikat belah tengah. Pakai minyak sampai berkilat rambut tu. Pastu disebabkan banyak sangat minyak yang dicurah atas kepala tu, rambut jadi penyek dan melekat atas tempurung kepala. Sebab tu kepala diaorang nampak macam besar.
- Pakai seluar senteng. Biasanya seluar slacks. Kalau pergi kelas, pakai kemeja butang sampai atas dan pakai tie. Kalau pakai T-shirt baju lengan panjang berkolar.
- Pergi kelas pakai kasut. Tak pernah aku nampak diaorang pakat sandal.
- Nampak diam seolah-olah sedang berfikir sambil memerhatikan keadaan sekeliling ( tak tau apa yang diorang fikirkan sebenarnya)
- Buat benda semuanya laju. Jalan laju. Makan laju. Menulis laju. Berjoget pun laju-laju mungkin ini tipu. hahaha. Kalau dengar mp3 pasang kuat-kuat walhal pasang fon telinga. Pastu kepala terhangguk-hangguk dan tangan goyang-goyang. Layan habis kot. Syok sendiri. Orang tengok pun nampak pelik..hahaha
masih ramaikah lelaki seperti ini?
Di sebuah mapley….
Jam pukul 12 tengah malam. Mista Jay dan kawan-kawan baru sahaja sampai. Duduk jer datanglah seorang aney yang takmandi entah dah ape bulan Tanya nak order ape. Pas sorang sorang gitau nak order ape. Ada jgak yang saje nak kenakan aney yang memakai ‘natural perfume’ tue ngan order yang merepak2. Sekadar angguk jelah aney tue sebab xpaham yang dia sedang dibuli.kihkihkihhh. dah order, mista jay terus menyeluk sakunya sambil mengeluarkan hanset sony Ericsson pemberian mista papa empat tahun lalu. Masih elok hanset itu dalam jagaan mista jay. Tekan itu dan tekan ini. Rupa-rupanya men-silentkan hansetnya……….
Sedang syok menonton bola sepak tambah lagi team feberetnya real Madrid….
Cristiano ronaldo sedang mengelecek bola melepasi tiga pemain barcelona dan memasuki kawasan di depan gol berhadapan dengan penjaga gol barca…..pada masa yang sama………….
‘beepppp beeeepppppp…beeppp beeppppppp’
Hansetnye menggegarkan diri. Lantas mista jay mengeluarkan hanset melihat msg yang masuk………padahal masa tue game berada pada saat yang genting…
Dalam hati ‘ohhh..sayang ku yang msg….’
Tettt..tettt..tettttt……….
Msg delivered. Dan pada masa yang sama mapley hingarbingar dengan jeritan
‘gooolllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll’
Yes!mista jay tersenyum lebar. Gol jugak akirnya. Walaupun dia takdapat melihat gol secara live sebab sedang membalas msg miss awek syg,dia tak mengeluh. dia masih boleh tgok ulang tayang:)
Rupa-rupanya mista jay men-silentkan phone nye supaya tak mengganggu kawan-kawannye…..
Wahai rakyat Malaysia sekalian…
Masih ramaikah golongan yang camnie??
Sanggup reply msg ms tengok bola?
Sanggup pause game ms men ps3?
Sanggup angkat call miss awek syg ms men dota?
Sanggup anta miss awek syg ke klinik padahal dah janji ngan member-member nak men futsal same2??
Hahahaaa….
Jom rungkaikan segala persoalan ini……
Kalaulah aku seorang lelaki...
Kalau la aku ni lelaki, aku nak jadi laki-laki yang berbudi pekerti, gagah berani, handal dalam serba serbi. Kalau ada gadis-gadis tak kira la yang kacak atau tak kacak sedang dalam kesusahan, pasti aku akan berbakti. Ye lah, aku kan gentleman. Wajiblah tolong ni. Kalau aku tengok dorang bawak barang berat-berat, aku offerkan diri aku bawa barang yang berat tu. Bukan macam sesetengah orang kaum aku tu, tau pandang je, bukan nak tolong. Tak gentleman langsung. Tapi tak de lah sampai nak bawakkan handbag perempuan. Macam dorang takde tangan pulak kan. Lagipon aku kan macho, wajah dah macam Damon Salvatore tapi bawak beg pompuan, kaler pink lagi. Haish, tercalar kemachoan dan kejantanan aku ni. Tapi jangan risau, kalau ada makcik-makcik mintak aku bawakkan bakul sayur, aku steady lagi. Makcik-makcik dah tua, aku lelaki sejati memahami.
Bila aku naik bas, aku akan bagi pompuan-pompuan naik dulu. Takpe, aku kan lelaki, gagah perkasa. Kalau kena berdiri sebab nak melindungi perempuan yang kurang gagah ni, ape salahnya. Kalau aku duduk dengan enaknya, tapi kat sebelah aku berdiri awek cun bawak banyak barang berat-berat pelbagai jenis. Tercalar lagilah kejantanan aku ni. Macam aku pulak yang lembik. Dorang lagi gagah perkasa. Lagipon, aku tak berbini lagi. Manalah tau, kot-kot jodoh aku ada dalam bas tu. Naiklah saham aku nanti. Ye lah, lelaki gentleman. Tak ramai dah kat dunia ni. Jadi rebutan para gadis-gadis. Ehem..
Well, aku bukan gay or pondan or maknyah yang tak sedar-sedar jantina diri. So, takde la aku nak masuk je sesuka ati. Kaum aku memang banyak yang macam ni. Sedangkan kat komuter dah label koc perempuan sepanjang masa. Jadilah seorang lelaki yang reti mengeja lagi membaca. Handal lagi bijaksana. Macam aku ni. Opps.. sori!! Terkutuk kaum sendiri.
Kalau aku seorang lelaki, akan ku jaga kesopanan diri. Takde lah nak meludah sesuka hati. Apa kau pikir, orang tak geli?? Akukan lelaki sejati. Idaman sang puteri. Kebersihan tu priority. Badan wangi ketiak tak hangit. Barulah up konfiden diri. Bukanlah nak suruh orang puji. Tapi, paham-paham lah sendiri. Kata nak awek cun. Kalau badan pon berdaki, awek kurang cun pon lari. Susahlah aku nak kahwin nanti. Orang cakap, masa bercinta, kentut pon wangi. Kentut aku memanglah wangi. Tapi, takdelah aku sampai nak tunjuk kat semua orang kentut aku ni wangi. Cover-coverlah sikit. Aku dengar lagi, orang cakap kentut berbunyi tu kurang busuk. Tapi kentut tak berbunyi?? Jadi, sebagai lelaki sejati, kentut tak berbunyi or kentut berbunyi, pandai-pandai lah aku sembunyi.
Kalau aku lelaki, aku akan rajin usaha. Yelah, tanggungjawab aku ni berat. Kalau aku malas usaha, main-main saja, dah kahwin nanti, sape nak tanggung anak bini? Kalau boleh, aku tak nak la bini aku idop susah dengan aku nanti. Alah, pompuan sekarang ni demand tinggi. Sebagai bakal suami yang memahami, mesti aku rase loser je kalau tak dapat penuhi. Alah, tak yah cakap soal tanggungjawab pada bini. Tanggungjawab pada famili pon dah besar tak tercover lagi. Inilah dinamakan lelaki. Dah tu? Sedarlah diri..
Merokok? Kawan-kawan aku cakap isap rokok tu macho. Tapi, aku kan lelaki yang bijak dan teliti. Aku tengok gigi dorang tu kuning. Bau pon busuk. Undang penyakit penyakit satu hal. Sebarkan penyakit pun satu hal lagi. Plus, pompuan sekarang ni tau jaga diri. Dorang tak suka rokok-rokok ni. Jadi, bagi menyediakan diri aku sebagai lelaki mithali, rokok aku tepis tepi-tepi.

Oh, satu hal lagi. Aku tengah berlatih sekarang ni. Yelah, lepas kahwin nanti, takkan lah aku nak suruh bini aku je yang buat serba serbi. Ini zaman bukan zaman datuk nenek lagi. Pompuan sekarang ni keje. Balik umah mestilah penat. So, aku decide nanti, kalau ada rezeki berbini, aku nak jadi suami mithali. Tegas itu mesti. Tapi, memahami itu wajib. Aku tak nak lah jadi macam lelaki yang dalam tv. Balik keje je, pakai kain pelikat, amik paper, melongo depan tv. Pastu arah bini buat itu ini. Apa kau ingat bini tu orang gaji? Kerja rumah semua, kitorang bahagi-bahagi. Barulah rumah tangga aman abadi. Ada suami yang memahami. Alah, kata sayang bini. :)
Okeh cukuplah saja arini. Dah complete aku sebagai lelaki idaman hati. Sudah hensem, gentleman lagi. Tambah rajin, sopan lagi. Bukanlah sopan yang auw auw tu la. Kesopanan diri maksud aku ni. Nama pun lelaki idaman hati, mestilah susah dicari. Nak dapat laki sejati, pompuan tu pon mesti sejati. So, jom muhasabah diri.
Babai. Lily undur diri. Nak berlatih jadi perempuan sejati. Hihihi..
PEACE NO WAR :)
Salam. Thanx.
Kentut Petanda Baik!
Apa yang akan jadi kalau kita tahan kentut?
Nak tahan boleh, nak lepas pun boleh. Aiman tak kesah.. Erm, kentut ni bukannya racun pun. Tak la sampai membawa maut atau kerosakan mental kalau tak nak buang. Last-last gas ni akan di releasekan jugak melalui pernafasan atau waktu kita tidur nanti. Cumanya kalau tak dikeluarkan cepat, takut-takut tak selesa perut.