Pages

Kalaulah aku seorang lelaki...

lily versi lelaki



Kalau la aku ni lelaki, aku nak jadi laki-laki yang berbudi pekerti, gagah berani, handal dalam serba serbi. Kalau ada gadis-gadis tak kira la yang kacak atau tak kacak sedang dalam kesusahan, pasti aku akan berbakti. Ye lah, aku kan gentleman. Wajiblah tolong ni. Kalau aku tengok dorang bawak barang berat-berat, aku offerkan diri aku bawa barang yang berat tu. Bukan macam sesetengah orang kaum aku tu, tau pandang je, bukan nak tolong. Tak gentleman langsung. Tapi tak de lah sampai nak bawakkan handbag perempuan. Macam dorang takde tangan pulak kan. Lagipon aku kan macho, wajah dah macam Damon Salvatore tapi bawak beg pompuan, kaler pink lagi. Haish, tercalar kemachoan dan kejantanan aku ni. Tapi jangan risau, kalau ada makcik-makcik mintak aku bawakkan bakul sayur, aku steady lagi. Makcik-makcik dah tua, aku lelaki sejati memahami.

Bila aku naik bas, aku akan bagi pompuan-pompuan naik dulu. Takpe, aku kan lelaki, gagah perkasa. Kalau kena berdiri sebab nak melindungi perempuan yang kurang gagah ni, ape salahnya. Kalau aku duduk dengan enaknya, tapi kat sebelah aku berdiri awek cun bawak banyak barang berat-berat pelbagai jenis. Tercalar lagilah kejantanan aku ni. Macam aku pulak yang lembik. Dorang lagi gagah perkasa. Lagipon, aku tak berbini lagi. Manalah tau, kot-kot jodoh aku ada dalam bas tu. Naiklah saham aku nanti. Ye lah, lelaki gentleman. Tak ramai dah kat dunia ni. Jadi rebutan para gadis-gadis. Ehem..

Well, aku bukan gay or pondan or maknyah yang tak sedar-sedar jantina diri. So, takde la aku nak masuk je sesuka ati. Kaum aku memang banyak yang macam ni. Sedangkan kat komuter dah label koc perempuan sepanjang masa. Jadilah seorang lelaki yang reti mengeja lagi membaca. Handal lagi bijaksana. Macam aku ni. Opps.. sori!! Terkutuk kaum sendiri.

Kalau aku seorang lelaki, akan ku jaga kesopanan diri. Takde lah nak meludah sesuka hati. Apa kau pikir, orang tak geli?? Akukan lelaki sejati. Idaman sang puteri. Kebersihan tu priority. Badan wangi ketiak tak hangit. Barulah up konfiden diri. Bukanlah nak suruh orang puji. Tapi, paham-paham lah sendiri. Kata nak awek cun. Kalau badan pon berdaki, awek kurang cun pon lari. Susahlah aku nak kahwin nanti. Orang cakap, masa bercinta, kentut pon wangi. Kentut aku memanglah wangi. Tapi, takdelah aku sampai nak tunjuk kat semua orang kentut aku ni wangi. Cover-coverlah sikit. Aku dengar lagi, orang cakap kentut berbunyi tu kurang busuk. Tapi kentut tak berbunyi?? Jadi, sebagai lelaki sejati, kentut tak berbunyi or kentut berbunyi, pandai-pandai lah aku sembunyi.

Kalau aku lelaki, aku akan rajin usaha. Yelah, tanggungjawab aku ni berat. Kalau aku malas usaha, main-main saja, dah kahwin nanti, sape nak tanggung anak bini? Kalau boleh, aku tak nak la bini aku idop susah dengan aku nanti. Alah, pompuan sekarang ni demand tinggi. Sebagai bakal suami yang memahami, mesti aku rase loser je kalau tak dapat penuhi. Alah, tak yah cakap soal tanggungjawab pada bini. Tanggungjawab pada famili pon dah besar tak tercover lagi. Inilah dinamakan lelaki. Dah tu? Sedarlah diri..

Merokok? Kawan-kawan aku cakap isap rokok tu macho. Tapi, aku kan lelaki yang bijak dan teliti. Aku tengok gigi dorang tu kuning. Bau pon busuk. Undang penyakit penyakit satu hal. Sebarkan penyakit pun satu hal lagi. Plus, pompuan sekarang ni tau jaga diri. Dorang tak suka rokok-rokok ni. Jadi, bagi menyediakan diri aku sebagai lelaki mithali, rokok aku tepis tepi-tepi.






Oh, satu hal lagi. Aku tengah berlatih sekarang ni. Yelah, lepas kahwin nanti, takkan lah aku nak suruh bini aku je yang buat serba serbi. Ini zaman bukan zaman datuk nenek lagi. Pompuan sekarang ni keje. Balik umah mestilah penat. So, aku decide nanti, kalau ada rezeki berbini, aku nak jadi suami mithali. Tegas itu mesti. Tapi, memahami itu wajib. Aku tak nak lah jadi macam lelaki yang dalam tv. Balik keje je, pakai kain pelikat, amik paper, melongo depan tv. Pastu arah bini buat itu ini. Apa kau ingat bini tu orang gaji? Kerja rumah semua, kitorang bahagi-bahagi. Barulah rumah tangga aman abadi. Ada suami yang memahami. Alah, kata sayang bini. :)

Okeh cukuplah saja arini. Dah complete aku sebagai lelaki idaman hati. Sudah hensem, gentleman lagi. Tambah rajin, sopan lagi. Bukanlah sopan yang auw auw tu la. Kesopanan diri maksud aku ni. Nama pun lelaki idaman hati, mestilah susah dicari. Nak dapat laki sejati, pompuan tu pon mesti sejati. So, jom muhasabah diri.


edward cullen ni aku punyer.. :D



Babai. Lily undur diri. Nak berlatih jadi perempuan sejati. Hihihi..




PEACE NO WAR :)




Salam. Thanx.

13 comments:

  1. @Joey
    tapi klo aku ni laki. Dota tu mesti. Cambes lak aku tengok dorang men.tp nak men xreti.

    ReplyDelete
  2. practise makes perfect!!
    dota jom...tp aku pun xreti men..hahaha

    ReplyDelete
  3. @miss bb
    wah2..nak lawan kay kew men dota??seswai.. hua2

    ReplyDelete
  4. kalau jadi laki jangan suka sangat tunjuk hebat depan perempuan. itu bukan setakat perempuan je nyampah, aku pun nyampah

    ReplyDelete
  5. khairul: bukan ke laki suka tunjuk hebat depan pmpuan???
    x gitu?

    ReplyDelete
  6. @khairul farhan
    haha..mrh nmpak..ad pngalaman ke?

    ReplyDelete
  7. i like this!
    hahaha perfect ouh kalo ada lelaki mcm nih.
    hidup bahagia aman sejahtera.
    lelaki zmn sekarang tk gentlemen oke. :D

    ReplyDelete
  8. @faradeeba
    a'ah kan kan kan... lelaki gentleman da alami zmn kpupusan..kcian kat kita kaum pompuan..

    ReplyDelete
  9. cik lily.. ayat baek punya! rajen awak mengarang ye. hihihi..saya suke!

    ReplyDelete
  10. @lefthanded
    hahahahha... sje describe lelaki idaman ati..

    ReplyDelete
  11. hahahaha...
    kalau aku lelaki.....aku nk ngorat semue awek lepas 2 tinggalkn diorang.bia nanges! huh.menyetan sunggoh.haha

    ReplyDelete
  12. @silent
    fuhh..nasib baek ko bukan laki kan..

    ReplyDelete