Pages

5 Perkara Yang Akan Dibuat Bila Sukakan Seseorang

Assalamualaikum

Hai U'olls!

Ehem.. Testing testing..Percubaan suara.. Percubaan suara.. Siapa kat sini pernah suka kat sesorang angkat tangan! 1 2 3 4 5 6 7 ......bla bla bla. Ahh..tak payah kira pun aku dah  tahu ramai. Tapi tak nak ngaku.. Eleh.. malu la tu, malu la tu.. ( gaya menganjeng)  =p

Kalau kita suka kat seseorang apa yang kita akan buat?

Buat duit kah?
- sebab nak kawen dengan dia

Buat tak tau kah?
 - malas nak fikir. nak fokus pada pelajaran ..ecece

Buat plastic surgery kah?
 - biar nampak cantik menarik tertarik dan meletopppp gitu! Biar dia perasan kewujudan kita

Buat istikarah kah?
- mintak petunjuk. Betulkah dia ni teman hidupku. ( yang orang akan buat bila nak kawen. Kalau baru nak berjinak-jinak  suka-sukaan, payah nak dengar orang buat- betul tak?)

Buat anak kah?
Nak anak kawen la dulu. Nak buat satu team bola pun apa adehal! Oppss...Yang ini tiada kaitan.Sila abaikan ye. 


Perkara diatas hanya sampingan sahaja. Susah dan rumit. Tapi, bila kita sukakan seseorang kebiasaannya kita akan:



1. Jadi Stalker

Ini aku suka buat kalau tiba-tiba aku tersuka kat seseorang. Haha..( ee...mengaku.. tak malu sungguh!) Aku pun tak tau kenapa. Dari A-Z aku cari tau pasal dia. Umur, asal, jantina, famili dia, sekolah mana, belajar apa, kat Uni mana, siapa kawan dia, awek dia siapa ( kalau ada la.). Semua akaun laman sosial dia aku cari twitter, FB, FS, myspace. Nasib baik tak jumpa alamat dia. Kalau tak, sampai rumah dia pun aku gi cari gak. Haha..Kegilaan sungguh! Tapi sekejap je la. Tak lama pun. Sebab aku ni pemalu. Cinta dalam hati je. hehe..Tak dapat tengok dekat jauh pun tak apa.



2. Pakai cantik

Contohnya kalau pergi kuliah. Nak dijadikan cerita kau jatuh cinta pada seseorang. Kau pun dengan serta merta merubah gaya, fesyen dan style. Kalau dulu ketiak hanget, sekarang dah wangi sebab pakai en dodo. Kalau dulu baju tak gosok, sekara baju mak aii.. lendik tak dak kedut. Side pun cantik je. Sebab pakai spray kanji tu. Kalau dulu tudung macam makcik-makcik, sekarang dah lilit lilit plus klip bunga yang kecik-kecik tu. Sampai nak toleh belakang  pun payah. Tersalah lilit agaknya. Al maklumlah, tak pernah lilit tudung sebelum ni. kihkihkih.  Kalau rambut dulu belah tengah, sekarang tukar pesen dah. Spiky pulak dah. kalau cicak jatuh pun mati. Tapi 1 bulan je kau buat benda ni. Sebab dia tak pernah perasan pun semua tu. Apa lagi pandang. sebelah mata pun taknak. Malang sungguh.


lawa tak rambut I ?

Memanglah dia tak pandang, kau ngan dia lain-lain fakulti. Dia kenal kau pun tidak. Nak tengok masa bilanya. haish..saiko sungguh!

3. Senyuman menawan

Senyuman menawan bisa menggoncang hati sesiapa sahaja. Ye ke? Boleh buat hati berduka menjadi ceria. Ewahh..Kemarahan menjadi reda. Yang paling penting, boleh buat pahala. Senyuman itu satu sedekah.Nak senyuman menawan bermula dari gigi yang bersih dan sihat . (Iklan kat klinik gigi)



menawan tak?


Dulu masa musim world cup. Aku tiba-tiba jadi gila bola tak sengaja. Sebab ada minat kat sorang mamat negro ni. Haha.. Senyuman dia menawan beb. Gigi tak nak putih pulak. Bak kilau mutiara gitu. Cantik la. Walaupun rupamu gelap, tatapi gigimu tatap menjadi pujaan hatiku. eceh..

Sepanjang musim bola tu, aku buat macam-macam nak suroh gigi putih macam dia. Aku gosok gigi lima waktu sehari semalam. Siap tonyoh dengan arang lagi ( mak aku cakap, orang dulu-dulu nak gigi putih tonyoh dengan arang). Disebabkan terlalu kerap gosok gigi, gusi aku berdarah. Pedih weh! Nak makan pun tak sedap. Last-last aku sedar, aku ngan dia berbeza. Gigi kami tak sama. Lain orang lain warna giginya. Nak putih kilau bak mutiara memang tak dapat la. huhu..


4. Cuba nak jadi macam dia.

Aku tak tau la korang  macam mana. Aku dulu pernah lah juga cuba buat benda ni. Sebab aku suka dia. Tapi kami jauh berbeza. Dia dah lah sangat pandai pastu  fasih cakap orang putih. Aku suka dengar british accent dia tu.

Masa aku suka kat budak pandai tu, aku niat nak bersaing dengan dia dalam diam. Dia tak tau yang  aku kat hostel study gila-gila sebab aku suka kat dia. Haha. ( ini petanda positif, sebab aku agak pemaleh sebenarnya). Dan aku tau  yang dia konpem-kompem akan fly gi oversea sebab dia memang pandai. Nak wat cam mana, lepas dapat result SPM, aku tak dapat straight A's macam dia dan tak ditakdirkan untuk terbang diawan biru bersama-sama dia.Mulai haritu, hatiku pergi bersama-sama angin lalu. hukhuk. kau pergiiiiiiii~ gudbai my love :( 

p.s lain kali kalau belajar biar ikhlas. Jangan belajar sebab orang lain. Padan muka diri sendiri.. haish  =_=


5. Akan selalu doakan dia

''Mungkin ini memang jalan takdirku..mengagumi tanpa dicintai.. Tapi tak mengapa bagiku, asal engkau pun bahagia dalam hidupmu...~

Mungkin dia dah ada seseorang dalam hidup dia. Tapi kita suka gila kat dia. Nak buat cam mana, mungkin dia bukan jodoh kita. Yang terbaik, doakan lah kebahagian dia. Kebahagian awak, kebahagiaan saya juga - (yang ini sila muntah ye)..hahaha


K thanx Bai~

3 comments:

  1. cayyalah..i like like like this post.
    memang betol pon.ngehehe
    takpe takpe..
    nanti ada la tu jumpa Mr Right gadis kachak :)
    it's just the matter of time.

    bui-bui.

    ReplyDelete